Translate

02/06/2017

Jangan Bagi Muka. Teruskan Saman. Tiada Maaf Untuk Sotong

Rafizi Mengaku Fitnah Kerajaan Guna Khidmat Pelobi Amerika & Memohon Maaf

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengemukakan permohonan maaf kerana mendakwa kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas pelobi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
Menurut Rafizi, Florence Goh merupakan pemilik syarikat Godfrey Group Ltd juga mengenali Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
Walaubagaimanapun, tekaan Rafizi salah apabila ‘Florence Goh’ kenalan Shahrir dan Nur Jazlan merupakan adalah warga tempatan dan bukannya pelobi Trump yang berwarganegara Amerika Syarikat.

“Saya sahkan (Florence) Goh Siew Boey daripada CRT Insight Tchnologies Sdn Bhd bukanlah Florence Goh yang merupakan pengarah Godfrey Group Ltd yang terlibat dengan kontrak melobi. Saya menerima tanggungjawab sepenuhnya di atas kesalahan ini dan saya minta maaf kepada Siew Boey dan CRT Insights Technologies kerana menyiarkan nama mereka,” kata Rafizi dipetik satu kenyataan hari ini.
Rafizi menerusi blognya semalam juga memuatnaik sebuah posting dengan sekali lagi memfitnah Shahrir dan Nur Jazlan sering menghadiri majlis Care United Johor yang didakwa Ahli Parlimen Pandan itu milik ‘Florence Goh pelobi Trump’.
Posting ini dikeluarkan setelah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menafikan laporan media asing kononnya kerajaan mendaftar 45 Group menerusi Godfrey Group Ltd untuk melobi hubungan Malaysia-Amerika.
Kata Tengku Sarifuddin, Malaysia terutama Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai hubungan dengan 45 Group atau dengan pemilik syarikat berkenaan, Baumgardner-Nardone.
“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Malaysia adalah rakan yang tegas dalam memerangi keganasan dan ekstremisme,” katanya. 

Penganalisis politik dalam pada itu menggesa Rafizi disaman buat ke sekian kali ekoran telah memburukkan imej Malaysia, kerajaan persekutuan, Shahrir dan Nur Jazlan.


“Fitnah Florence Goh. Fitnah Shahrir Samad, Fitnah Nor Jazlan. Lepas itu, kata sorry je. Jangan bagi muka. Teruskan saman. Tiada maaf untuk sotong,” tegasnya.
Sejak Ogos 2015 sehinga November 2016, Rafizi sudah berkali-kali dibuktikan di mahkamah diatas pelbagai kesalahan lantas memberi gelaran kepada Ahli Parlimen Pandan itu sebagai pembohong bersiri

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...