Translate

09/06/2017

Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU-14!

DATUK Seri Najib Razak, barangkali sudah bersedia menghadapi Piihan Raya Umum (PRU) ke-14. Hanya menunggu detik tepat untuk mengumumkannya.
Paling tidak selepas berasa yakin suasana ekonomi menampakkan isyarat pemulihan apabila KDNK suku pertama tahun ini mencatat prestasi baik pada angka 5.8 peratus.
Selaku Perdana Menteri, Najib hanya menanti beberapa perkara lagi mencatat prestasi memuaskan. Antaranya, pengukuhan ringgit pada paras RM4 per AS$1.
Serta menantikan pelabur asing membawa kembali RM40 bilion pelaburan ke pasaran domestik. Fakta ekonomi semasa cukup meyakinkan untuk mencapai matlamat itu.
PM berusaha keras meyakinkan pelabur asing setelah pasaran modal kehilangan angka pelaburan dana asing berikutan kemelut kejatuhan harga minyak dan komoditi.
Pada suku pertama tahun ini, penganalisis mengumumkan RM10 bilion sudah kembali ke pasaran domestik; satu angka yang sangat memberangsangkan bagi mengukuhkan langkah menuju PRU-14.
Tugas PM kini hanya perlu memastikan harga barangan pengguna kembali stabil, serta mengukuhkan kawalan terhadap beberapa barangan pengguna yang disenaraikan sebagai masih belum dapat dikawal harga pasarannya.
Namun, isu FGV kini menjadi bom jangka yang tidak diduga. Bom FGV yang mula berdetak jarum letupannya tiga hari lalu, kini meletakkan PM kembali dalam berada keadaan sukar.
Apa lagi, FGV berkait secara langsung dengan sentimen pengundi Felda yang selama ini antara aset utama yang menyumbang kepada undi popular dan dianggap akaun sokongan tetap terhadap BN.
Ini masalah Tan Sri Isa Abdul Samad! Ahli politik veteran yang sudah malap lampu politiknya. Isa tiba-tiba menjadi liabiliti utama sekiranya PRU-14 mahu diadakan.
Ketidakcekapan Isa dalam mengendalikan isu FGV kini menjadi bom jangka yang mampu meletupkan prestasi BN menuju PRU-14.
Tindakan Isa kini satu liabiliti politik kerana dia menguruskan aset institusi ekonomi yang sangat sensitif terutama dalam kalangan pengundi Felda.
Isa dengan semborono dan sangat tidak cekap, gagal mengendalikan FGV yang menjadi institusi penting terutama status institusi itu sebagai lambang kejayaan peneroka Felda.
FGV aset bersimbolkan kepentingan peneroka Felda yang dikendalikan kerajaan. Soal sama ada Isa atau Presiden dan CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad yang bersalah, bukan lagi isu dalam konteks menuju PRU 14.
Isu utamanya, seorang pengerusi sebuah institusi yang mendokong imej kerajaan dan kepercayaan pengundi Felda kini menjadikan prestasi kerajaan nampak buruk dan tidak cekap.
Malah, dicurigai kerana Isa dilihat pilihan kerajaan menduduki kerusi Pengerusi Felda. Lebih parah, bukan Zakaria sahaja dicutikan.
Tindakan drastik itu turut membabitkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Empat nama sasa ini memberi persepsi: Tindakan ditujukan secara pakej membabitkan barisan korporat utama dalam pengurusan eksekutif FGV.

Sumber: BERSAMBUNG LAGI DISINI KLIK SEGERA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...