Translate

12/06/2017

DAP BERHASRAT UNTUK MENJADIKAN PULAU PINANG SAPERTI SINGAPORE ???

Selepas mengesahkan Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500 peratus dari apa yang dibelanjakan pada 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng masih gagal menjawab dengan jelas persoalan yang kami kemukakan minggu lalu sebaliknya memilih untuk melencong dan membuat kenyataan retorik.
Bagi mengelakkan keraguan, kami ulangi persoalan kami dengan secara lebih jelas melalui jawapan ya atau tidak.
Adakah benar kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah dan aset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008?
Kami bersedia mengemukakan senarai urusniaga berkenaan untuk Guan Eng mengesahkan jika beliau bersedia untuk mengesahkan atau mempertikaikan senarai itu.
Adakah benar tidak banyak lagi tanah milik kerajaan negeri untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tahun lalu?
Peningkatan kos PTMP

Adakah benar kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu sebagaimana dinyatakan oleh Chow.
Adakah benar kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat pinjaman dari bank bagi mengisi jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion sebagaimana dinyatakan Chow melalui temuramahnya dengan The Edge, pada Julai tahun lalu? Chow dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman bank bagi mengimbangi baki kos pembinaan PMTP.
Benarkah kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan PDC telah mencatatkan keuntungan yang menjunam sebanyak 80 peratus pada tahun sebelum ini dan tambahan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)?
Demi ketelusan dan akauntabiliti, soalan di atas adalah relevan kepada masa depan Pulau Pinang dan rakyatnya.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...