Translate

14/05/2017

Temubual ‘Dumb Blonde‘ Membawa Padah Pada PKR

Wawancara Wan Azizah Dengan Aljazeera, Satu Bencana Epik

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sepatutnya melakukan wawancara dengan Aljazeera. Sesiapa yang menasihati beliau untuk melakukan temubual itu (atau tidak menghalang beliau daripada berbuat demikian) perlu ditembak. Mereka sepatutnya tahu sekarang bahawa anda tidak patut percayakan Wan Azizah untuk berada di hadapan kamera kerana mulut beliau bergerak lebih cepat daripada otaknya. Di Amerika mereka akan memanggil beliau dumb blonde‘.

Temubual itu adalah bencana paling epik dan mendedahkan bukan sahaja kelemahan dalam PKR dan Pakatan Harapan tetapi juga betapa lemahnya Wan Azizah itu sendiri. Beliau mengelak dari menjawab banyak soalan secara terus dan menyimpang apabila beliau tidak mempunyai jawapan. Ia menunjukkan beliau sama sekali tidak mempunyai arah tujuan dan hanya proksi yang tidak membuat sebarang keputusan tetapi hanya menjalankan keputusan orang lain. Beliau juga bercanggah bukan sahaja dengan apa yang beliau telah kata tetapi apa yang partinya dan Pakatan Harapan telah kata. Temu bual itu adalah satu lagi paku di keranda Pakatan.
Wan Azizah telah ditanya mengapa beliau mengutuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dan berkata bahawa menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menjadi satu tindakan untuk menggantikan satu syaitan (Najib) dengan syaitan lain (Mahathir) dan kemudian kini bekerjasama dengan Mahathir.
Wan Azizah berpusing-pusing sekitar soalan dan berkata bahawa selagi mereka berkongsi objektif yang sama iaitu mahu menjatuhkan kerajaan maka mereka boleh bekerja bersama-sama. Dengan kata lain, matlamat menghalalkan cara dan bekerja dengan salah satu syaitan yang menentang syaitan lain adalah okay selagi objektif anda adalah sama. Inilah mengapa Amerika bekerjasama dengan Taliban dan Saddam Hussein dan mengapa Lim Kit Siang kini bekerjasama dengan Mahathir selepas mengatakan bahawa Mahathir perlu dikurung di dalam penjara untuk sepanjang hayatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...