Translate

06/05/2017

PERANGAI BURUK MAHATHIR MULA TERBONGKAR

Mahathir Yang Jual 100% Pelabuhan Kuantan Pada 1998, Apa Pula Kaitan Dengan Najib?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pelabuhan Melaka dan Kuantan bakal menjadi markas tentera laut China setelah projek penambahbaikannya siap kelak.
Menerusi blognya semalam, Dr Mahahtir berkata, setelah tentera China meletakkan tenteranya di dua lokasi ini, Malaysia tidak lagi akan menjadi negara berkecuali sepertimana dasar yang dilakukan selama ini.
“Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China.
“Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu,” kata Dr Mahatir menerusi posting terbarunya bertajuk ‘DAP’ yang secara jelas memuji rakan politik barunya itu.
Sungguhpun asas kepada dakwaan ‘pangkalan tenteran China’ Dr Mahathir ini ekoran pelabur terbesar bagi kedua-dua projek ini berasal dari Republik Rakyat China, dakwaan tersebut sekadar tuduhan tanpa asas ekoran kerajaan sendiri sudah menafikannya.
Menyoal sumber Dr Mahathir memetik ‘penulis China’, penganalisis politik Lim Sian See bertanya kembali siapakah penulis berkenaan dan menggesa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tampil membuat penjelasan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...