Isnin, 8 Mei 2017

NIAT JAHAT DAP TERBONGKAR !!!

ANTARA 12 KANDUNGAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI (CEC) DAP DI IBU PEJABAT DAP, KUALA LUMPUR.

Democratic Action Party (DAP) berazam untuk menang besar pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti. Maka mereka perlu merangka strategi yang antara lain adalah;

1. Memecah belahkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Sehingga kini DAP berjaya memecah belahkan parti PAS. Keyakinan rakyat terhadap UMNO perlu dihakis semaksima yang boleh kerana setelah #BERSIH4.0, orang-orang Melayu dilihat semakin menjauhi parti-parti pakatan pembangkang, terutamanya apabila gambar-gambar dan video pemimpin-pemimpin mereka dipijak dan diperlakukan dengan sehinanya tersebar luas di media sosial.

2. DAP perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang didokongi oleh para pemimpin Gerakan Harapan Baru sebagai pilihan lain bagi meraih sokongan dan undi Melayu. DAP sedar bahawa PKR sudah dianggap tidak relevan kepada orang-orang Melayu setelah Langkah Kajang dan terbaru skandal DEIG dikritik hebat oleh DAP dan PAS di sidang DUN Selangor.

3. Konglomerat nasional 1MDB berperanan membantu Bumiputera menceburi bidang perniagaan pada skala besar, sama seperti PETRONAS yang banyak membantu kerajaan dan orang-orang Melayu.

Sebagai konglomerat nasional baru, 1MDB begitu cemerlang membantu meningkatkan perniagaan umat Islam, Melayu, dan Bumiputera. Ia menjadi menjadi saingan yang cukup kuat kepada kaum Cina.

Atas sebab itu, 1MDB mesti dimusnahkan dengan apa saja cara yang ada dan perlu diberikan persepsi negatif kepada rakyat secara konsisten dan bersungguh sungguh, samada dengan memperalatkan bekas pemimpin-pemimpin UMNO anti Najib atau mana-mana penjawat-penjawat awam yang memiliki kedudukan yang tinggi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...