Khamis, 11 Mei 2017

KEBODOHAN MAHATHIR SEMAKIN JELAS

Tahukah Anda Mengapa DAP Terus Melindungi Hew Kuan Yau?
Mengapa DAP berkali-kali enggan mengecam Superman Hew Kuan Yau untuk semua perkara-perkara yang bersifat perkauman dan jahat yang beliau katakan seperti “Use Melayu to Skrew Melayu to watch best show of lifetime”, “Religious leaders like Hadi use religion to steal money and hamsap aunties” atau “Malays in the kampung are stupid”?

Mengapa tiada langsung kecaman dari DAP atau Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin tertinggi terhadap mereka yang jelas bersifat perkauman?

Ia adalah kerana banyak ceramah DAP kecil-kecilan, di kedai-kedai kopi dan di tempat-tempat akar umbi dalam bahasa Cina membawa mesej yang sama seperti apa yang Superman Hew katakan.

Itulah sebabnya DAP tidak boleh dilihat mengecam mesej-mesej ini atau mengatakan ia adalah mesej yang salah. Menghentam Superman Hew secara umum sebagai salah bermakna melumpuhkan keseluruhan mesej kempen akar umbi.
Sebaliknya, Lim Guan Eng masih menjaga Superman Hew dengan baik dan sehingga hari ini, mereka turut memberinya pekerjaan yang selesa sebagai kurator muzium di sebuah institusi yang ditaja oleh kerajaan Pulau Pinang.
Tidak ada sebarang alasan waras dan tidak ada alasan lain yang boleh diterima yang menjadi sebab mengapa DAP terus melindungi Superman Hew untuk perbuatan jahat dan mesej-mesejnya yang bersifat perkauman secara terang-terangan itu.
Melihat pujian Mahathir dan tindakan beliau mempromosikan DAP secara umum seperti dalam kebanyakan catatan blognya baru-baru ini, beliau mungkin tidak sedar bahawa mesej Superman Hew bahawa DAP dan Lim Kit Siang hanya menggunakan Mahathir yang sudah rosak itu kerana beliau akan mati tidak lama lagi telah disebarkan oleh akar umbi.
 Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...