Selasa, 18 April 2017

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH SPRM - JANGAN PILIH BULU TERUSKAN

Tempoh Reman Adam Rosly Disambung 4 hari Lagi Ada Bukti Zuraida Terlibat

Tempoh reman Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Adam Rosly Abdullah dilanjutkan empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman terhadapnya sehingga 22 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Adam Rosly, 29, ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Terdahulu, beliau dibawa ke mahkamah pada 9.18 pagi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap warna jingga manakala tangannya bergari.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. Adam dikatakan memberikan keterangan palsu berhubung pemilikan hartanya.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM selepas datang untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

Semalam Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang menafikan Adam adalah Pegawai Khasnya walaupun semua tahu Adam adalah pegawai khasnya. Dikatakan SPRM bakal membekukan lagi lebih RM5 juta harta Adam dan Zuraida dari hasil haram.

Lanjutan reman Adam menunjukkan ada maklumat baru berhubung penglibatan Zuraida Ahli Parlimen Ampang itu. Zuraida bakal dipanggil SPRM dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan.

Sumber: Rozmi Mokhtar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...