Translate

28/04/2017

Siapa Sebenarnya Dalang Kerugian RM30 Bilion Bank Negara Tahun 90an?

Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya terlibat dengan skandal dagangan mata wang asing dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar era 90-an.
Menerusi satu kenyataan, Anwar yang kini dipenjarakan kali kedua berkata, skandal berkenaan sudah berjalan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah naungan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada waktu tersebut.
“Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM (Tan Sri Jaafar Hussein),” kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi Unit Komunikasi PKR, semalam.
“Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan (yang menguruskan dagangan mata wang) tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Namun, manakala draf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka”.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...