Jumaat, 7 April 2017

RAFIZI PERLU BERUNDUR DARI ARENA POLITIK ????

Dalam Usaha Untuk Menghasut,
Semalam Rafizi dikecam teruk Di Facebooknya, hari ini dibelasah di Twitter pula, 
RUU355 mungkin satu pengalaman ngeri buat Rafizi

1. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli (Pandan) dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada semalam.

2. Rafizi memuat naik status dalam laman Facebook miliknya semalam bagi tujuan menghasut dengan meluahkan rasa tidak puas hati kononnya tidak diberi peluang berbahas berkenaan RUU355. Malangnya beliau menerima kecaman pelayar laman sosial itu yang terdiri daripada penyokong tegarnya sendiri.

3. Rafizi seolah-olah tidak faham tentang apa yang diperkatakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan pada sesi akan datang. Bukan disekat seperti dakwaannya. Berikut merupakan kecaman dan kritikan yang diterima Rafizi di laman sosial tersebut:


"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan?

YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam.

Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan.

Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi,"_ kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong?

Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP.

Dasar pondan tak ade telur,"_ kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.

4. Selain di laman Facebook, hari ini Rafizi sekali lagi dikecam netizen berhubung status berkenaan. Pengguna Twitter hari ini menggunakan trending hashtag #Kecam Rafizi untuk ‘membelasah’ beliau.

5. Ramai pengguna Twitter marah dengan tindakannya yang didakwa berpakat dengan Lim Kit Siang bagi membantah RUU355. Berikut adalah antara ‘tweet’ pengguna Twitter yang menggunakan #KecamRafizi:
“Sidang Parlimen 'Olok-olok' YB @rafiziramli nak buat tu utk apa? Adakah sebagai propaganda jahat untuk mengelirukan rakyat sebelum tiba waktunya?” kata pengguna Twitter Hafiz Osman.

“@rafiziramli tau tak #RUU355 sudah lama diwartakan di negara kita dan sudah melalui 2 kali pindaan?” soal pengguna Twitter Marwan Hussein.

6. Selain itu, ada yang menggesa pengundi di Parlimen Pandan supaya menolak Rafizi kerana mengkhianati agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...