Ahad, 30 April 2017

HAYAT MUHYIDDIN SEBAGAI PRESIDEN PARTI CAP BUNGA SEMAKIN PUPUS

Bukan lagi rahsia bila mana Muhyiddin Yassin menjadi sasaran serangan dari dalam parti yang dia sendiri adalah Presidennya. Hampir kesemua masalah dalaman yang melanda Parti Cap Bunga yang sepatutnya dia terajui tetapi sebenarnya ‘tali layang-layangnya’ dipegang oleh Mahathir, dihempuk atas kepala Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal mengawal ahli!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan orang-orang yang terdekat dengannya!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti termasuklah ‘mempergunakan’ penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!

Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan kerana terlalu VIP dan minta diberikan layanan permaidani merah walaupun dia bukan lagi dalam hierarki tertinggi pentadbiran negara.
Beberapa keputusan yang dibuat atau melibatkan Muhyiddin Yassin kini dipersoalkan.
Antaranya termasuklah, mengapa Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PAS hanya di Johor, Terengganu dan Kedah padahal Dr. Mahathir sendiri telah mengatakan, TIADA LAGI KERJASAMA ANTARA CAP BUNGA DENGAN PAS.
Juga dipersoalkan adalah watikah perlantikan yang hanya mempunyai tandatangan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tetapi tiada tandatangan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai SUPREME LEADER yang mempunyai kuasa pemutus lebih tinggi berbanding Presiden.
Selain itu, taktik Muhyiddin Yassin yang mahu ‘hijack’ calon-calon UMNO yang tidak akan dicalonkan pada PRU akan datang juga dipersoalkan. Para penyokong Mahathir di dalam parti tersebut lebih berminat dengan taktik ‘hijack’ calon-calon UMNO yang telah menang dengan majoriti tipis pada PRU akan datang untuk lompat parti, sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Cap Bunga apabila calon-calon UMNO tersebut akan membiayai kempen dan memenangi pilihanraya dengan dana UMNO sendiri. 
Taktik yang digunakan oleh Muhyiddin dianggap akan membinasakan Cap Bunga kerana bukan sahaja dana yang terpaksa dikeluarkan jauh lebih besar, tetapi juga mereka hanya memperolehi pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkualiti.
Justeru, taktik Mahathir yang mahu mempergunakan calon-calon UMNO yang telah menang PRU dan mempunyai kerusi sama ada DUN apatah lagi Parlimen, lebih berwibawa dan perlu diperkukuhkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...