GOLOK
LIM GUAN ENG MAKAN TUAN
Debat
Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari
mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai
Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan
Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding
hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li
Koon.
2. Lim
Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya
adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini
dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa
Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang
dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga
kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?