Ahad, 5 Februari 2017

MAHATHIR TAK FAHAM2 LAGI KE ????

Bukan Suspek & Tidak Disiasat, Boleh Akur & Mohon Maaf?

Jurucakap Peguam Negara (OAG) Switzerland, Andre Marty ketika memberitahu Nikkei Asian Review telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disiasat berhubung 1MDB.
Laporan berkenaan sekaligus membuktikan bahawa pembangkang telah berbohong selama ini, apabila mereka memanipulasi rakyat dengan membuat cerita bahawa Najib telah disiasat oleh pihak terbabit.

Persoalan yang timbul, setelah sah bahawa tiada apa pun berkaitan dengan Najib dalam siasatan pihak Switzerland berkenaan 1MDB, apakah pembangkang mahu mohon maaf dan akur? Jawapannya tentu semua sudah tahu. Mereka juga akan memutar belit isu berkenaan dari sudut lain pula.
Dan dengan pengesahan daripada OAG itu juga, adakah kita melihat portal atau blog pro pembangkang serta pro Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merujuk penafian pihak Swiss itu?
Jawapannya sudah tentu tidak. Jika mereka jujur, sudah tentu mereka akan akur kepada keputusan pihak luar ini.
1MDB yang telah diputuskan oleh Tun Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib juga telah sampai ke pihak Jabatan Keadilan (DOJ) di Amerika Syarikat. Namun kita tahu semua ini ada kaitan dengan dana yang disalurkan untuk Hillary Clinton ketika beliau bertanding melawan Donald Trump.
Tambah lagi DOJ tidak ada kes pun, tetapi kerana wakil dari pihak Tun Mahathir pergi berjumpa untuk mohon menjadikan ia sebagai kes. Keadaan ini sama seperti pihak media yang dipergunakan oleh ANC yakni kumpulan pembenci Najib Razak.

Sumber: KLIK DISINI DAN BACA CEPAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...