Isnin, 30 Januari 2017

MAHATHIR TAHU TAPI BUAT2 TAK TAHU > Skandal BMF, Maminco & Forex Bank Negara Malaysia

Walaupun Mahathir terus mempertahankan skandal beliau, perlu diambil perhatian bahawa tidak pernah dilakukan sebarang siasatan penuh sebenar ke atas skandal BMF, MAMINCO atau FOREX BNM.
Tidak seperti 1MDB, BPR (sekarang SPRM) dan PDRM juga tidak siasat. Juga tiada laporan khas Ketua Audit Negara yang diarahkan oleh Mahathir terhadap ketiga-tiga skandal ini.
Satu lagi perkara penting adalah bahawa tidak pernah ada sebarang perolehan semula wang yang hilang dalam skandal BMF, MAMINCO dan BNM. Semua dilupuskan dengan kerajaan menanggung sepenuhnya kerugian.

Kerajaan hanya pernah membiayai RM1 juta modal berbayar kepada 1MDB – dengan selebihnya dipinjam, kebanyakannya melalui hutang jangka panjang akan matang di antara 2022 hingga 2039. 1MDB sudah melakukan usaha penting untuk melakukan pemulihan dan mereka masih meneruskan usaha mereka untuk pemulihan sepenuhnya dan dijangka menghasilkan keuntungan apabila Bandar Malaysia dan TRX terus berkembang.


Paling membinasakan daripada semua ini adalah BMF, MAMINCO atau BNM benar-benar menyebabkan kerugian menyeluruh dengan habuk pun tak tinggal.
Selain daripada beribu-ribu orang dihantar menunaikan haji dan juga usaha tanggungjawab sosial (CSR) dibiayai oleh mereka, 1MDB juga akan meninggalkan legasi yang jelas ketara dengan sebanyak 8 pengkalan tentera dibiayai oleh mereka serta TRX dan Bandar Malaysia yang menjadi ikon masa depan Malaysia. Sudah pun sekarang pembangunan pantas TRX menyediakan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi kepada Malaysia.
Apa yang Malaysia dapat dengan skandal BMF, MAMINCO atau Forex BNM?

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...