Translate

07/01/2017

488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anak, Masih Tak Cukupkah?

Mahathir pernah mengadu kepada para penyokong dan pentaksubnya, kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak telah menganiayainya apabila pembantu dan tukang masaknya diberhentikan kerja. Mahathir cuba menggambarkan betapa sukarnya kehidupannya apabila keistimewaannya – walaupun masih banyak keistimewaan lain dinikmati tanpa rasa bersalah – ditarik balik.
Dan isterinya, Tun Siti Hasmah juga menggunakan naratif seorang wanita yang penuh kasih sayang, cuba menggambarkan nasib yang telah menimpa tukang masak dan pembantu rumah mereka yang telah ‘diberhentikan’ kerja walaupun telah berpuluh-puluh tahun bekerja di bawah Mahathir-Hasmah.
Mahathir dalam ceramah-ceramahnya selepas bergelar Pengerusi Cap Bunga sentiasa cuba menggambarkan kesusahannya. Dia membandingkan dirinya dengan Najib Abdul Razak yang dikatakan mempunyai wang berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun, manakala dia pula tidak ada duit. (RUJUK SINI)


Malah tukang-tukang propagandanya juga menggambarkan Mahathir sangat jujur, tidak mengambil kesempatan dan langsung tidak menyelewengkan satu sen pun harta negara untuk keluarganya. (RUJUK SINI)

Pendedahan tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.

Namun pada waktu itu, media sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya tidaklah berkembang maju seperti sekarang. Bahkan peraturan dan undang-undang keras telah digunakan untuk mengekang ‘kebocoran’ data-data yang melibatkan Mahathir dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan orang-orangnya berjaya mengenakan Zahid Hamidi yang sekarang ini adalah Timbalan Perdana Menteri.
Dengan 488 buah syarikat – setakat yang diketahui – yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.
Cerita tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya, bukan sekadar cerita dalam negara, bahkan telah pun diperkatakan oleh media-media besar dunia ketika dia masih berkuasa lagi. Dan sekali lagi, kejayaan utama Mahathir adalah mengekang berita-berita seperti itu daripada sampai ke pengetahuan rakyat menerusi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan penerbitan.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta.
Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM7.92 juta.
Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya.
Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Patutkah orang seperti Mahathir yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?

Tidak cukupkah wang rakyat menerusi Petronas dikorbankan untuk menyelamatkan syarikat anaknya, Mirzan? Tidak cukupkah wang rakyat dikorbankan menerusi konsesi-konsesi tol lebuhraya? Tidak cukup jugakah RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dikorbankan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank?
488 buah syarikat sekurang-kurangnya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...