Translate

05/06/2016

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA "RAMADAN AL-MUBARAK"

04/06/2016

Hudud: Mahathir Dalang Disebalik 'Kekeliruan' MCA?

Sudah jelas bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentang Presiden PAS, Hadi Awang minggu sudah, bukanlah undang-undang hudud.

Tapi pakatan anti Islam seperti DAP, MCA, Gerakan dan MIC masih terus melaungkan itu adalah undang-undang hudud sekalipun telah dinafikan Perdana Menteri beberapa kali.

Sementara kita faham DAP memang anti hudud seumur hidup, habis semua benda berbunyi syariah pun dia nampak hudud jugak, bab MCA dan Gerakan ni ada sikit tak faham.

Penulis diberitahu, ini cara mereka bermain politik dikalangan penyokong bukan Islam mereka, tapi bukankah lebih elok menjelaskan kepada penyokong masing-masing, akta itu bukan bermaksud nak melaksanakan hudud seperti dikatakan Perdana Menteri?

02/06/2016

Isu Rasuah Wang, Wanita: Azmin Ali Didesak Ambil Cuti

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak supaya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSM), Ramesh Rao, berkata langkah itu adalah yang terbaik bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa gangguan.

"Kita desak (Mohamed) Azmin Ali untuk bercuti sementara menunggu siasatan SPRM selesai. "Jika siasatan menunjukkan beliau bersih daripada sebarang salah laku, beliau boleh menyambung tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

01/06/2016

‘Gertak Keluar Parti, Kuat Sangatkah MCA, MIC?’

KUALA LUMPUR Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim menyindir tindakan pemimpin MCA dan MIC yang mengugut keluar kerajaan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 diluluskan.

Beliau berkata demikian menerusi twitternya yang merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam, kelmarin.

“Belum apa-apa lagi MCA dan MIC sudah gertak akan keluar Kabinet. Kuat sangatkah mereka?,” soalnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...