Translate

07/05/2016

Ahmad Bashah Menerajui Pasukan Yang Bersifat Seperti Kebudak-Budakan

AHMAD BASHAH TAK CERDIK DARI SEGI BOLA SEPAK….

PENGASAS D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak buat masa ini.

Menurut beliau, selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta olehnya baru-baru ini, pihaknya kini merasa terkilan untuk menaja mana-mana pasukan bola selepas ini.

"Mungkin ada hikmah dan saya hendak bertenang dahulu. Saya dah kena cerai dengan Kedah, masih dalam tempoh iddah dan tak fikir lagi buat masa ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma D'Herbs Kota Damansara semalam.

06/05/2016

Lelaki Gila Seks Dibelasah Wanita Beramai-Ramai Dalam Bas

Video lihat dibawah
INI makannya! Seorang lelaki menerima pembalasan setimpal apabila dibelasah penumpang wanita selepas melakukan gangguan seksual di dalam bas.

Kejadian yang berlaku di wilayah Kocaeli, Turki pada 28 April lalu itu, tercetus apabila lelaki tersebut bertindak menayangkan zakarnya kepada seorang wanita yang berdiri di hadapannya ketika berada dalam bas.
Mangsa yang jijik dengan perlakuan lelaki itu segera menjerit dan memukulnya sebelum disertai wanita-wanita lain di situ.

05/05/2016

SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?

1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat senaraian di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah banyaknya. Semua orang tahu...

2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...

3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...

04/05/2016

Benarkah Tun Mahathir Dan Keluarga Mempunyai Wang Simpanan Di ISRAELI NATIONAL OF BANK Yang Berjumlah USD142,300,000.00 Atau Bersamaan RM550 JUTA???

Pertama, tentunya rakyat ingin tahu samada fakta ini benar atau tidak memandangkan ianya melibatkan satu jumlah yg sangat besar... adakah dgn hanya pernah memegang jawatan sbg Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun M mampu mengumpulkan wang simpanan sebesar ini... ini baru simpanan di dalam sebuah bank, tentunya byk lagi bank di seluruh dunia yg bertanggungjawab menyimpan harta milik Tun M dan keluarga...
Kedua, rakyat juga tertanya-tanya, apakah kaitan Tun M dan keluarga dgn institusi perbankan di mana NEGARA ISRAEL mempunyai kepentingan ke atasnya? Bukankah Tun M adalah antara pemimpin negara Islam yg paling lantang menghentam Israel?
Terlalu byk yg Tun M lakukan hanya untuk jatuhkan DS Najib, tanpa Tun M sedar, banyak juga pekung milik Tun M yg hari ini semakin terbuka dgn sendirinya...
Catatan: facebook Jalaluddin Mohamed Ismnail

03/05/2016

BUSUKNYA HATI MAHATHIR TERSERLAH LAGI...WALAUPUN DAH HAMPIR......???

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih sayangkan Umno, walaupun beliau bertindak meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau keluar daripada Umno kerana tidak suka dengan cara pentadbiran yang dilakukan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib. Selama ini negara kita, walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

02/05/2016

Henti Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat

"Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat. Ia sepatutnya telah lama dilakukan," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaanm, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Menurutnya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

"Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini. Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.

01/05/2016

Azmin Ali Dan Guan Eng Terus Tidak Dibenarkan Melanjutkan Tempoh Berada Di Sarawak

Jangan Pertikai Langkah Imigresen Halang Individu Masuki Sarawak - NGO

KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) -- Pemimpin beberapa parti pembangkang tidak harus mempertikai pengharaman beberapa individu untuk memasuki Sarawak.

Presiden Pakatan NGO pro Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar berkata langkah kerajaan Sarawak itu bertujuan menghalang kemasukan anasir politik ekstrem.

Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...