Translate

07/04/2016

Tindakan Adun Kijal Disifatkan Sebagai Dendam

KUALA TERENGGANU Tindakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang dilihat tidak berputus asa untuk memastikan berlaku pertukaran menteri besar di negeri ini disifatkan sebagai dendam.

Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Ahmad sepatutnya bersyukur kerana beliau tetap disokong rakyat negeri ini sebagai menteri besar walaupun pelantikan beliau ketika itu berlaku semasa kemelut menteri besar yang turut melibatkan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas PRU 2008.

Beliau turut memberitahu bahawa Ahmad akan tetap menikmati pencen tidak seperti pihak-pihak lain yang berpenat lelah berjuang mempertahankan Umno dan BN.

06/04/2016

MAHATHIR DIHINA, DIKEJI OLEH MAT SABU TAK MALU KE ???


Diantara komen-komen dari penonton:


- Manalah dr m nak sorok muka. Muka dua tebal macam kulit babi. Bak kata orang tua2 duludia meludah kelangit dan skrng dia jilat balik. Dunia tak terbalik tapi dia kena balik. Itu yg Allah janjikan kpd umat maanusia ie yg jahat tetap akan dibalas dgn jahat dan yg baik tetap akan dibalas dgn baik.


Mat Sabu = terbaik!! Jangan percaya MAMAKTHIR!! Ajenda SEBENAR Wawasan 2020 = anak aku Mukhriz jadi PM Malaysia mula2 ROSAK 22 tahun yg lalu dlm zaman Mamakthir = kronisma, rasuah, politik perkauman, kehakiman tak bebas, guna undang2 kezaliman, fitnah dll Semua yg Mamak tuduh Najis telah dicipta oleh Mamak... Najis hanya ikut aje

05/04/2016

MEREKA CUBA JATUHKAN NAJIB SEBELUM ZETI BERSARA

Penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha menjatuhkan Najib, sebelum Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan.
Dalam satu catatan di laman web Malaysia Today, penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin menyatakan, ia adalah satu daripada dua alasan terhadap tindakan tergesa-gesa penentang Najib daripada kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib.
Raja Petra mendakwa, penulis blog dan pengamal media veteran, Datuk A Kadir Jasin telah memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa bulan ini adalah bulan terakhir buat Najib.

04/04/2016

JIJAH KIPAS JIJIK MELIHAT WAJAH DAN BERHADAPAN DENGAN MAHATHIR

Pada Ahad lepas iaitu ketika demontrasi ANTI GST yang bertukar menjadi BEBASKAN ANWAR, Wan Azizah dilihat sengaja memalukan Tun Mahathir apabila menghebahkan dia ke kenduri salah seorang temannya.

Nampaknya walaupun Mahathir terhemoi-hemoi untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada pembangkang dalam misinya menggulingkan Najib Abdul Razak, hanya segelintir sahaja yang sudi mengikut alunannya. Manakala sebahagian yang lain pula termasuklah Wan Azizah terus menyimpan dendam terhadap Mahathir.

Susah nak buang perasaan jijik tu, yer Kak Wan Kipas?

03/04/2016

MAHATHIR DIPERBODOH-BODOHKAN PEMIMPIN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR – Nampaknya amarah dalam kalangan pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir Mohamad masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.

Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik selepas Mahathir selesai berucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan pentas ucapan.

Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang ditugaskan membaca doa penutup, sempat berucap, “semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup.”

02/04/2016

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin Memang BIADAP dan KURANG AJAR

LUAHAN DARI SI BIADAP
KUALA LUMPUR – “Zaman sopan santun serasanya telah lama berlalu. Untuk mengalahkan politik biadab dan tidak bertamadun perlu melalui proses yang ‘kurang ajar’”
Itu kata-kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin bagi menghasut orang ramai mengulingkan kerajaan melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘Arab Spring’
Dakwa beliau, adalah mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi tetapi usaha itu boleh tercapai melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran oleh rakyat.

01/04/2016

Panas: ‘Mamu Penang’ Jemput Raja Bomoh Buat Ritual Hantu Depan Rumah Guan Eng

KUALA LUMPUR – Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dilaporkan akan menjemput individu yang mengelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin untuk mengadakan ‘ritual khas’ di hadapan banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausahanya, Muhsin Latheef melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook berkata pihaknya telah menghubungi Ibrahim untuk mengadakan ritual khas itu bagi membuang semua hantu dan ‘sial’ yang ada di rumah tersebut.

“Mamu sudah call Datuk Seri Panglima Ibrahim Mat Zin, sebab mahu kasi clear semua ‘feng shui’ hari Jumaat ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...