Translate

12/12/2016

Umat Islam Mesti Bersatu Padu! – Presiden PAS

Umat Islam Malaysia mesti bersatu padu terlebih dahulu jika mahu menjadi sebuah umat yang dapat menyebarkan rahmat kepada semua.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam negara ini mesti bersatu padu dengan berpegang kepada sunah Nabi Muhammad S.A.W.
“Umat Islam mesti menggenggam erat syariat Allah. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1438H semalam.
Abdul Hadi berkata, usaha untuk menegakkan seluruh usaha Nabi Muhammad S.A.W. ke atas umat manusia perlu dilakukan secara istiqamah.

Abdul Hadi merupakan tokoh ulama PAS yang paling dibenci oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan kerana enggan berkompromi dalam isu akidah Islam.
Berikutan itu, beliau dilabelkan dengan pelbagai gelaran buruk seperti `pemakan dedak’, `lebai malang’, `penunggang agama’, `pengkhianat pembangkang’ dan banyak lagi oleh penyokong Pakatan Harapan.
DAP dan PKR pula menganggap seruan-seruan Abdul Hadi supaya umat Islam supaya bersatu padu selama ini berbaur perkauman dan ektremis agama. – Mynewshub.cc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...