Translate

25/12/2016

Setahun Berlalu PAN Masih Tiada Identiti Jelas

21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.

Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center, Fathi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik KPRU.
Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!
Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan AMANAH (baca PAN).
Urusetia macam cuba mengesan siapa yang hadir. Sebenar tak payah untuk hadir progam tertutup PAN, anda hanya perlu daftar sebagai ahli secara terus melalui kod ahli “000”. Memang hilang keahlian parti jika anda ada ahli lebih daripada satu parti tetapi jika tak tertedah siapa tahu anda ahli parti mana?
Sebelum hadir dalam forum ini, saya terfikir beberapa persoalan dalam benak kepala saya. Antaranya ialah;
Setelah setahun PAN terumbang ambing di persada poltik negara beberapa perkara perlu difikirkan iaitu jika lebih 60 tahun PAS tidak boleh berjaya menguasai Malaysia, maka apa perlunya lagi Parti kedua yang kecewa dan lari daripada PAS (PAN)?
Adakah PAN sekadar untuk menjadi bukti kukuh gagalnya mereka yang kecewa daripada parti asal dengan menubuhkan parti baharu seperti mana yang telah berlaku pada parti-parti sebelum ini?
Adakah PAN boleh bersaing selepas kemunculan BERSATU? Atau PAN akan menjadi parti seperti melukut ditepi gantang?
Sampai bila PAN akan menjadi parti suruhan DAP dan ‘anak manja’ perlu belas insan PKR?

Paling utama dalam benak kepala saya ialah “SAMPAI BILA PAN NAK JAJA KONONNYA PAS NAK UG DENGAN UMNO demi nak menarik ahli untuk menyertai partinya?

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...