Isnin, 21 November 2016

PERMERGIAN SEORANG BLOGGER YANG SUKAR DICARI GANTI "DIN-TURTLE"

DIR TURTLE nama timangannya dan nama sebenarnya adalah SAIFUDIN BIN MAHMUD telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 20/11/2016 jam lebih kurang 5.30 petang dipangkuan isterinya dirumah Tingkat 11, Flat Ladang, Kuala Terengganu.

Menurut info dari isterinya, arwah tiada menunjukkan tanda-tanda luar biasa, hanya mengadu penat dan lenguh di bahu sebelah kiri dan terbaring diatas katil. Pada kelazimannya arwah sentiasa berada dihadapan ‘lap-top’ nya untuk menyiapkan artikel-artikel blognya.

Isterinya kemudian menyapu minyak panas dibahagian bahu sebelah kirinya dimana arwah telah menunjukkan tanda-tanda luar biasa sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah akan dikebumikan jam lebih kurang 10.00 pagi di tanah perkuburan Islam Ladang berhampiran dengan Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Sama-sama lah kita panjatkan doa semua roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. AL-FTIHAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...