Translate

03/11/2016

PEREBUTAN JAWATAN DALAM BERSATU

Ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar hari ini mempersoalkan keputusan pucuk pimpinan parti yang melantik bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden.
Beliau juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai itu.
“Sejak bila mereka ini berjuang lawan Najib?
“Bila rumah (parti) dah siap mereka senang saja masuk dapat jawatan. Adakah mereka mempunyai rekod menentang Najib?” katanya kepada Malaysiakini.
Zaeinal Abidin berkata seperti beberapa pemimpin dalam BERSATU beliau mahu tahu sama ada Abdul Rashid mempunyai keberanian untuk berjuang.
“Adakah si Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup pergi masuk hutan belantara dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan negara?” soalnya.
Zaeinal Abidin berkata beliau pada tahun 2008 mencadangkan supaya Tengku Razaleigh mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan adalah antara yang paling lantang menentang Najib.  Beliau berharap pucuk pimpinan parti akan menerima kritikannya dengan hati yang terbuka.
Zaeinal Abidin berkata kritikan itu perlu kerana beliau tidak mahu BERSATU menjadi satu lagi Umno, di mana ahli hanya mengikut kerana itu adalah budaya Umno.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...