Rabu, 9 November 2016

Pak Lah Sifatkan Muhyiddin Sebagai Pengkhianat NEGARA

Bekas Timbalan Perdana Menteri juga bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dipecat dari UMNO pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi.
Biografi ‘Being Abdullah Ahmad Badawi’ menyifatkan tindakan Muhyiddin secara terbuka menyerang Tun Abdullah atau Pak Lah suatu ketika dahulu disifatkan sebagai tindakan mengkhianat.
“Ramai rakan-rakan meminta saya pecat Muhyiddin. Apa yang dilakukannya tidak mencerminkan sebagai menteri kanan. Apa yang beliau katakan sangat teruk. Ianya satu pengkhianatan,” kata Pak Lah.
Muhyiddin pada ketika itu merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berjawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggesa Pak Lah melepaskan jawatan ekoran prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Tindakan Muhyiddin itu susulan serangan sama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menggesa Pak Lah melepaskan jawatan namun enggan bertindak demikian menyebabkan Perdana Menteri keempat itu akhirnya bertindak keluar UMNO.

Sumber: KLIK DISINI
umber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...