Rabu, 23 November 2016

Projek Mega Ditolak Punca Matthias Chang/Mahathir Berdendam Najib

Dalam video baru-baru ini, Najib bercakap tentang projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan bagaimana ia telah dirancang lama sebelum ini.

Najib juga mendedahkan bahawa Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada Mahathir, telah memohon kepada Najib untuk projek mega bagi membina terusan (terusan air) dari Kuantan ke KL melalui banjaran Titiwangsa.

Najib mentertawakan idea ketinggalan zaman itu dan juga cabaran besar terhadap ekonom terhadap idea pengangkutan yang bergerak secara perlahan.
Sudahlah projek tak dapat, dia diketawakan pula.
Tidak hairanlah Mahathir dan Matthias Chang marah kepada Najib.

Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 21 November 2016

PERMERGIAN SEORANG BLOGGER YANG SUKAR DICARI GANTI "DIN-TURTLE"

DIR TURTLE nama timangannya dan nama sebenarnya adalah SAIFUDIN BIN MAHMUD telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 20/11/2016 jam lebih kurang 5.30 petang dipangkuan isterinya dirumah Tingkat 11, Flat Ladang, Kuala Terengganu.

Menurut info dari isterinya, arwah tiada menunjukkan tanda-tanda luar biasa, hanya mengadu penat dan lenguh di bahu sebelah kiri dan terbaring diatas katil. Pada kelazimannya arwah sentiasa berada dihadapan ‘lap-top’ nya untuk menyiapkan artikel-artikel blognya.

Isterinya kemudian menyapu minyak panas dibahagian bahu sebelah kirinya dimana arwah telah menunjukkan tanda-tanda luar biasa sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah akan dikebumikan jam lebih kurang 10.00 pagi di tanah perkuburan Islam Ladang berhampiran dengan Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Sama-sama lah kita panjatkan doa semua roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. AL-FTIHAH.

Ahad, 20 November 2016

#TAHNIAH PDRM# Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

BANGSAR: Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH 5 hari ini.

"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.

Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.

"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.

Jumaat, 18 November 2016

TUN MAHATHIR KENCING PESERTA BERSIH 5 ESOK!!! #Bersih5 #Merah

Memali & Bersih 5, Kali Ini Mahathir Betul Betul Lari

Esok, 19 November, adalah ulang tahun ke
31 tahun tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah.
Tragedi yang mengorbankan 14 orang itu berlaku semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika kejadian, rakyat dimaklumkan bahawa Dr. Mahathir berada di China dan menyerahkan kepada timbalannya, Tun Musa Hitam untuk menyelesaikan perkara itu hingga menyebabkan Musa dipersalahkan kerana gagal mengawal pertumpahan darah.
Malah wujud spekulasi mendakwa Musa memberi arahan untuk menembak mati dua penduduk kampung itu.

Khamis, 17 November 2016

KEKAYAAN LUAR BIASA DATUK ADAM ROSLY 28 TH

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mencadangkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ini bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki Adam.

"Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.

Isnin, 14 November 2016

MAHATHIR TUDUH HADI " MAKAN DEDAK DAN TERIMA RASUAH" DARI NAJIB

Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".

Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'

Khamis, 10 November 2016

PANAS!!!!! Kenapa Mahathir dan ANC Mesti Dihapuskan Tanpa Belas Kasihan ???

Husni Gelabah, Bila Raja Petra Dedah Banyak Kes Wanita Kena Raba

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berada dalam ketakutan apabila penulis politik Raja Petra Kamarudin mendedahkan mengenai sikapnya yang suka meraba wanita.

Menurut Raja Petra ekoran pendedahan tersebut, Husni telah mengarahkan 2 orang kakitangannya untuk menghubungi semua wanita yang pernah menjadi mangsanya dengan menawarkan mereka wang tunai untuk menutup mulut.

Rabu, 9 November 2016

Pak Lah Sifatkan Muhyiddin Sebagai Pengkhianat NEGARA

Bekas Timbalan Perdana Menteri juga bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dipecat dari UMNO pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi.
Biografi ‘Being Abdullah Ahmad Badawi’ menyifatkan tindakan Muhyiddin secara terbuka menyerang Tun Abdullah atau Pak Lah suatu ketika dahulu disifatkan sebagai tindakan mengkhianat.
“Ramai rakan-rakan meminta saya pecat Muhyiddin. Apa yang dilakukannya tidak mencerminkan sebagai menteri kanan. Apa yang beliau katakan sangat teruk. Ianya satu pengkhianatan,” kata Pak Lah.
Muhyiddin pada ketika itu merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berjawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggesa Pak Lah melepaskan jawatan ekoran prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Tindakan Muhyiddin itu susulan serangan sama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menggesa Pak Lah melepaskan jawatan namun enggan bertindak demikian menyebabkan Perdana Menteri keempat itu akhirnya bertindak keluar UMNO.

Sumber: KLIK DISINI
umber

Selasa, 8 November 2016

Muhyiddin Kaki Penipu, Kelirukan Fakta Di Dewan Rakyat

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin ternyata berjaya menipu dan mengelirukan parlimen semasa berucap membahaskan Bajet 2017.  Beliau juga patut dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.
Saya berikan anda lima contoh sahaja:
1. Beliau menyebut hutang 1MDB ialah RM53 bilion. Pada masa sama, Shafie Apdal berkata 1MDB jual 60% daripada Bandar Malaysia ke China (salah, ia sebenarnya 24%) dan Mahathir Mohamad pula berkata 1MDB jual semua loji kuasa ke China.

Ahad, 6 November 2016

Polis siasat Majlis Peguam berhubung dana Soros

Polis sedang menyiasat Majlis Peguam berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros.
Ditanya sama ada Majlis Peguam disiasat di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, "Ya, betul."
Seksyen 124 C adalah peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid berkata, lima anggota pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat BERSIH dan Malaysiakini di bawah undang-undang yang sama juga telah ditugaskan untuk menyiasat Majlis Peguam.

Jumaat, 4 November 2016

Sultan Johor ‘Haram’ Demo Bersih 5 Di Seluruh Negeri

PASIR GUDANGSultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan membenarkan apa-apa demonstrasi jalanan haram untuk mengambil tempat di seluruh Johor.

“Ia tidak bertanggungjawab bagi kita berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin atau individu tertentu, dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan benar apa-apa jenis demonstrasi berlaku di Johor,” titahnya.
Sultan Ibrahim seterusnya bertitah bahawa demonstrasi tanpa permit anjuran pihak tertentu itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat negeri tersebut sendiri.

Khamis, 3 November 2016

PEREBUTAN JAWATAN DALAM BERSATU

Ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar hari ini mempersoalkan keputusan pucuk pimpinan parti yang melantik bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden.
Beliau juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai itu.
“Sejak bila mereka ini berjuang lawan Najib?
“Bila rumah (parti) dah siap mereka senang saja masuk dapat jawatan. Adakah mereka mempunyai rekod menentang Najib?” katanya kepada Malaysiakini.

Rabu, 2 November 2016

Sebaik Sasaran Dicapai, Aktivis BERSIH Akan Melesapkan Diri

Sebaik sasaran Projek for the New American Century (PNAC), yang sama dengan Arab Spring dan Revolusi Jingga (Orange Revolution) di Ukraine dicapai, BERSIH dan aktivis mereka akan lesap seperti mana kumpulan hak asasi lain di serata dunia menurut seorang peguam Australia.
Quintin Rozario yang berpangkalan di Brisbane berkata banyak kumpulan dan aktivis hak asasi di seluruh dunia, yang ditaja oleh entiti asing, lenyap begitu sahaja selepas berjaya menganjurkan apa yang dipanggil sebagai ‘Kebangkitan Rakyat’ untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
“Di mana kesemua aktivis Arab Spring dan Revolusi Jingga? Semua hilang begitu sahaja,” menurut beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...