Rabu, 19 Oktober 2016

HUSAM KURANG SENANG DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG !!!

Akhirnya Husam Mengaku Pakatan Pembangkang Dikuasai Parti Dominan Cina

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa akhirnya mengakui pakatan pembangkang pada ketika ini dikuasai oleh parti dominan Cina.

Adun Salor itu ketika menyampaikan ceramah sempena ulangtahun pertama Parti Amanah Negara di Shah Alam, Ahad lalu menzahirkan kebimbangan masyarakat Melayu terhadap gerakan pembangkang ekoran penguasaan DAP dalam pakatan.

Melalui klip video dimuatnaik di laman Facebook Kelab Penyokong Tun Mahathir itu Husam turut menjelaskan perkembangan itu telah mengusarkan penyokong masyarakat Melayu.

Penasihat Amanah Kelantan itu turut berkata orang Melayu di bandar dan pedalaman mula takut seandainya pakatan pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum kelak.

Atas sebab itu mereka kemudiannya terpaksa bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk menagih sokongan masyarakat Melayu.

Persoalannya mampukah kerjasama ini bertahan lama, kerana umum mengetahui masing-masing mempunyai agenda yang berbeza.

Sebagai contoh agenda utama Mahathir ialah untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri, PKR mahu membebaskan Anwar untuk menerajui kepimpinan negara manakala DAP mahu mewujudkan negara republik dengan slogan 'Malaysia Malaysian'.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...