Jumaat, 14 Oktober 2016

Akhirnya, Ezam Menjilat Ludahnya Sendiri, Cakap Tak Serupa Bikin

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan disumbatkan kedalam penjara akibat salah laku liwatnya, antara individu yang cukup lantang mengecam tindakan Tun Dr Mahathir pada waktu itu adalah Datuk Ezam Mohd Nor. Beliau pernah berkata, “Mahathir adalah perosak dan pengkhianat bangsa Malaysia. Saya akan tempur beliau habis-habisan. Ini janji saya!

Selepas itu, beliau menjadi antara orang kuat PKR sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Tidak lama selepas menyertai UMNO, Ezam dilantik sebagai Senator dalam kerajaan hari ini.

Namun begitu, tindakannya meninggalkan UMNO buat kali kedua, agak sedikit mengejutkan. Ketika ramai pihak menjangkakan, Ezam akan menyertai semula PKR, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini dikuasai oleh orang yang pernah disumpahnya satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...