Translate

07/08/2016

KRONOLOGI KENAPA AZMIN ALI MB SELANGOR LULUSKAN STATUS LOT TANAH 68054 KAWASAN PAYA INDAH WETLAND. KERANA GAMUDA?

Dalam siri pendedahan media satu perkara sama ada CheGuBARD tidak ketengahkan atau Elizabeth dan Azmin Ali MB sembunyikan. Tiada siapa yang berani menyebutnya. Sesuatu yang "RAKYAT INGIN TAHU".

Penafian Elizabeth Exco dan Azmin Ali MB hanyalah satu taktik politik. Ada sesuatu yang lebih besar dirahsiakan.

Mengapa Azmin Ali luluskan pertukaran status tanah itu? 4 MB Selangor termasuk Tan Sri Abdul Khalid telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland. Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau.

Pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD?

20 Ogos 2014, Investor Central yang berpusat di Singapura membuat "#survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur?


Apakah jawapannya soalan -soalan di atas?

4 Ogos 2014: Gamuda Berhad mengumumkan membeli tanah Salak Land Development Sdn Bhd milik Dato’ Tan Leong Min dan semua kepentingan dalam syarikat itu bernilai RM 784.3 juta. Salak Land kini adalah anak syarikat dalam Gamuda Berhad. Media massa melaporkan pembelian ini pada 5 Ogos 2014. [http://www.thestar.com.my/…/gamuda-to-buy-land-owner-the-c…/].

26 Febuari 2014: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

9 September 2014: GAMUDA mendaftar tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas nama GAMUDA BERHAD

5 Disember 2014: Gamuda Berhad menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. [http://www.thestar.com.my/…/gamuda-splash-worth-at-least-r…/]. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Dua belas.

24 Januari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan.

9 Februari 2015: Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu.

6 April 2015: YAB Azmin Ali MB terus bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda mahu menjadi pemborong antarabangsa sehenti terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau.

25 Mei 2016: Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. GDV RM1.3bilion.

9 April 2016: Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...