Translate

12/07/2016

ZURAIDA SEMAKIN CUAK, PENJARA MENGHANTUINYA

Ketika Captain M mendedahkan rasuah Zuraida pada 16 dan 19 Jun lalu Zuraida Kamaruddin MP Ampang memberi respon mencabar Captain M untuk tampil ke depan sebagai "anak jantan". Kenyataan media Zuraida turut dikongsi oleh pelbagai portal seperti Ismaweb, BNBBC, dan blog-blog. KLIK DISINI

Zuraida memperlekeh Pendedahan Captain M. “Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.

“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Ia disusuli Pendedahan blog masterdedah.com  KLIK DISINI mengenai 9 buah kenderaan milik Zuraida majoritinya kenderaan mewah. sehinggalah kes Zuraida mendapat hadiah kenderaan Mercedes dari sebuah syarikat berpendapatan RM4.6 juta setahun. KLIK DISINI


Begitu juga laporan pendedahan turut dikongsi oleh Portal Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today.  KLIK DISINI

9 Julai lalu Che'GuBARD, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kenyataan terbuka mengenai Zuraida Kamaruddin. Katanya;

"Sebelum Umno dan Barisan Nasional menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraida wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci."

Pendedahan CheGuBARD turut disiarkan dalam TV3. KLIK DISINIj…

Terbaru Tan Sri Noh Omar Pengerusi Perhubungan BN Selangor ketika ditanya mengenai kes Zuraida di Selangor, beliau menjawab "Konspirasi babit Zuraida Bukan Kerja BN". Kenapa BN dan UMNO yang dituduh aniaya mereka".

11 Julai – Ketua Wanita UMNO bahagian Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib melahirkan perasaan terkejut dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang sehingga hari ini masih `menyepikan diri’ dari menjawab dakwaan memiliki sembilan buah kenderaan mewah termasuk sebuah kereta jenama Mercedes Benz S280 yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat. Ujarnya, semua sedia maklum dengan karektor Zuraidah yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri Selangor yang agak agresif selama ini, namun masih tidak menjawab isu kereta mewah beliau sebagaimana dakwaan dari pimpinan PKR itu sendiri. KLIK DISINI

Apa selepas ini? seperti kata CheGuBARD

"Isu pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa ini sudah lebih sebulan tersebar namun agak pelik juga agensi seperti SPRM yang sebelum ini kelihatan agresif menyerang pimpinan pembangkang kelihatan senyap dalam perkara melibatkan pimpinan - pimpinan berkait rapat dengan Azmin."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...