Ahad, 17 Julai 2016

SKANDAL MAHYUDDIN YASSIN TERBONGKAR DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI ???

MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION #BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA '#BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?

Ada macai dari Sabah selepas pendedahan rasuah dan lagak suci Shafie Apdal terus melompat, terus caci maki dan merasa marah bila nabi Semporna mereka Shafie dicuit. Macai itu kata Captain M adalah orang Musa Aman yang dibayar. Captain M ( Captain Musa). Kasihannya mereka. 

Jika mereka melihat keseluruhan page Captain M ini kisah pendedahan Lim Guan Eng, PRN Sarawak, PRK KK/Kuala Selangor, pendedahan kelemahan SPRM, dalang SPRM, rasuah manikavasagam PKR dan terbaru Rasuah Zuraida Kamarudin MP Ampang PKR dengan kekayaan kereta, banglo serta proksinya. 


Ini Kali pertama Captain M membuat pendedahan Shafie Apdal kerana melihat betapa sombongnya pemimpin pendek Shafie Bedal ni semasa berkuasa. Episod itu kita akan teruskan perlahan-lahan. Sabar..

Mari kita ke episod lain iaitu Tan Sri Muhyiddin bakal Presiden parti baru milik Mahathir. Skandal Muhyiddin dengan Isteri Peguam Stanley Agustin sudah merimaskan Muhyiddin dan pasukan Protung.

Ramai yang bicara hal Skandal RM4b YTL BestariNet. Muhyiddin bukan sahaja menyapu RM4b tetapi juga RM912 juta projek 'Biometric System' kepada menantunya dalam Syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis) Ia bukan rahsia kerana turut didedahkan dalam portal dan blog-blog. Bagaimana Nexbis dan anak menantu Muhyiddin mendapat keuntungan?

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Kali ke-5 BIL. 1/2011 PADA 17 Mac 2011 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM masa itu telah membentangkan beberapa kertas kerja dan melaporkan Pelaksanaan Fasa Kedua Program 6P (Proses Pendaftaran & Pemutihan) melaporkan sejumlah 2,320,034 pekerja asing ( yang sah 1,016,908). Bakinya 1,303,126 didaftarkan. 

Sumber: Captain M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...