Translate

23/07/2016

MAHATHIR SANGGUP UPAH AMERIKA DEMI ANAK & KRONI?

DEMI ANAK & KRONI, MAHATHIR SANGGUP UPAH AMERIKA? DULU BAYAR USD1.2 JUTA KEPADA JACK ABRAMOFF KINI HANTAR TEAM KE US BAYAR JABATAN KEHAKIMAN AS?

[Raja Petra sendiri mengaku apa yang dilakukan Anwar dan dia dibayar tidak sampai RM1juta untuk membuat bising].

Raja Petra Kamaruddin dalam entry terbarunya di MalaysiaToday berkata kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika terhadap beberapa nama yang dikaitkan dengan IMDB janganlah merasa teruja. Katanya diam pernah melihat keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya mati dengan begitu sahaja. 

Contohnya kononnya kes mahkamah di Perancis. Ia diwar-warkan sebagai perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu tetapi hanyalah kes tertutup dalam kamar beberapa individu yang dikaitkan dengan rasuah kapal selam. Katanya dia tertipu.


Kata RPK lagi . Episod terbaru AS adalah hampir serupa dengan apa yang mereka percayai tentang perbicaraan di Perancis. Dan setelah menonton video sidang media itu semalam, ia kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah dibuktikan.

RPK juga mengaku apa yang pernah dilakukan di Perancis serta yang diarahkan Anwar Ibrahim kepadanya adalah sama dengan Kaedah yang dilakukan di AS. Akhirnya tiada yang berlaku hanya membuat bising. Raja Petra mengaku apa yang dilakukan untuk Anwar dan dia dibayar tidak sampai RM1juta. Jika beliau diberi beberapa juta tentu dia boleh melakukan lebih baik dari orang lain!

Apakah yang berlaku sekarang? Ia tidak lebih dari aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Digerakkan oleh Dato Khairuddin, Sarawak Report dan WSJ. Tidak hairan untuk seorang bernama Mahathir yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak dan kroni-kroninya. 

Kita boleh melihat sendiri bagaimana Mahathir boleh bersekongkol dengan musuh ketatnya Lim Kit Siang DAP dan rakan-rakan pembangkang. Berkempen dengan pembangkang di PRK. Sepanjang 22 tahun memusuhi media US seperti WSJ tetapi akhirnya menjadi rujukan untuknya. Ia semata-mata kerana misi Anti Najibnya.

Rakyat perlu tahu sisi jahat Mahathir dan sikapnya sanggup melakukan apa sahaja. Apakah kita lupa semasa beliau menjadi PM sehingga sanggup membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan Mahathir dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002. 

Ini disahkan oleh kedutaan Malaysia di AS. Malah Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan tahun tersebut. Bukan main lagi pembangkang ketika itu mendedahkan dana ini.

Apa Mahathir peduli siapa Jack Abramoff yang dia berurusan yang penting dia bertemu George Bush. Jack Abramoff pelobi yang telah dihukum penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac 2012 setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian.

Menjadi lumrah ketika itu apa sahaja yang dilakukan Mahathir disokong oleh penyokongnya. walaupun dana rakyat yang dibayar kepada Jack Abramoff dibuat empat bayaran - AS$300,000 setiap satu pada 29 Jun 2001, 5 Oktober 2001, 3 Januari 2002 dan 13 Mac 2002,". Anda boleh menyemak Dr Fauziah Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di Washington ketika itu.

Apa yang berlaku hari ini adalah usaha Mahathir melakukan serangan menjatuh kerajaan dengan menggunakan "kabel" yang dia ada. Walaupun tidak berjaya tetapi mencipta persepsi memandangkan rakyat Malaysia bukan semua mengetahui undang-undang dan apa itu Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS itu. 

Tidak mustahil Mahathir dan kroni taikun yang kaya zamannya membayar kos diluar negara untuk laporan serta aduan ke Jabatan Kehakiman AS. Itulah Mahathir. Dato Khairuddin (Macai) pelapor yang diisytihar muflis pun bebas dari muflis serta merta. Siapa yang bayar?

Yang pasti Mahathir dan Team Protungnya akan terus gagal. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB. Tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewangan dana dari 1MDB. Lebih penting.

"Peguam Negara ingin menjelaskan tiada dalam tuntutan fail oleh DOJ AS yang menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku,"

#Nota: Macam-macam dah Mahathir dan ProTung lakukan termasuk Deklarasi Rakyat yang gagal! PRN Sarawak tewas, PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar kalah teruk! Sekarang mereka pertaruhkan Saman Mahkamah Sivil Jabatan Kehakiman AS.

Sumber: CaptainM, Raja Petra

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...