Isnin, 4 Julai 2016

Lim Guan Eng Bukanlah Anak Jati Pulau Pinang Perlu Dihalau Keluar

Ketika ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Barisan Nasional (BN) itu dan ini dalam isu pembelian banglo miliknya.

Dia boleh berkata apa sahaja. Biarlah undang-undang dan mahkamah menentukan.

Cuma yang sedang heboh di Pulau Pinang ketika ini, menurut sumber, tidak sekadar isu bang­lonya tetapi lebih besar lagi dikatakan ramai yang mahu Guan Eng pergi.


Bagi pemaju tempatan, mereka tidak kisah kalau DAP terus berkuasa di negeri itu. Yang tidak diingini mereka ialah Guan Eng.

Guan Eng, kata mereka, bukanlah anak jati Pulau Pinang. Dia membesar di Melaka. Kalau setakat bukan anak jati, tak me­ngapa lagi. Yang cukup mereka sakit hati ialah apabila Guan Eng dikatakan membawa masuk sebahagian besar pemaju dari Taiwan, China, Australia dan Singapura sebagai rakan pelabur.

Difahamkan, rata-rata pemilik tanah dan pemaju banglo datang dari seberang laut. Tambah memeritkan apabila kerajaan negeri sewenang-wenang menaikkan harga rumah.

Masyarakat Tionghua di Pulau Pinang merasakan Guan Eng tidak memahami sentimen dan aspirasi mereka.

Justeru, mereka mengharapkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tampil kerana ber­anggapan beliau lebih layak. Walaupun Kon Yeow dari Se­langor, jangka masa beliau bermastautin di Pulau Pinang lebih lama iaitu sejak 1986 berbanding Guan Eng yang tampil hanya pada 2008.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Menteri, P. Ramasamy dikatakan turut disebut-sebut andai ‘terjadi sesuatu’ melibatkan Guan Eng. Tetapi adakah Guan Eng berani meletakkan Ramasamy sebagai penggantinya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...