Ahad, 31 Julai 2016

BENARKAH PEGAWAI SPRM PRO SHUKRI & BAHRI AKAN LETAK JAWATAN JIKA DZULKIFLI AHMAD DILANTIK KP SPRM?

Sebelum pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau legasi bakal berakhir.

Admin dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak usaha itu tidak berjaya. Admin sejak dua bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.

Tentunya kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta puak puak dalam SPRM bakal berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas.

Dzulkifli pastinya akan memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan. Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut arahannya. Beliau juga perlu membuang segala duri dalam daging di SPRM.

Ini yang ditakuti oleh puak puak Shukri dan Bahri.

Beranikah para pegawai SPRM meletak jawatan? tentunya pemantauan dilakukan khususnya bagi mengelakkan dokumen-dokumen dibawa lari oleh mereka.

Sama-sama melihat apa drama seterusnya.

Sumber: CaptainM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...