Translate

19/06/2016

MAHATHIR ADALAH PUNCA KEKALAHAN BESAR #PRK SG BESAR & KUALA KANGSAR

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang besar di kedua-dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Di Kuala Kangsar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang.
Menurut Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.
Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.
Di Sungai Besar, Barisan Nasional (BN) tidak menyangka mereka menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang diadakan hari ini.

Undi majoriti antara calon BN, Budiman Mohd Zuhdi dan calon Amanah, Ustaz Azhar adalah sebanyak 9,191 di mana BN berjaya memperolehi sebanyak 16,800 undi manakala Amanah dan PAS hanya berbeza sebanyak seribu undi di mana Amanah memperoleh 7609 dan calon PAS, Dr Rani pula mendapat sebanyak 6902 undi.
PRK Kuala Kangsar mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 71.4 peratus berbanding 84.3 peratus semasa PRU13.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...