Translate

02/06/2016

Isu Rasuah Wang, Wanita: Azmin Ali Didesak Ambil Cuti

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak supaya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSM), Ramesh Rao, berkata langkah itu adalah yang terbaik bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa gangguan.

"Kita desak (Mohamed) Azmin Ali untuk bercuti sementara menunggu siasatan SPRM selesai. "Jika siasatan menunjukkan beliau bersih daripada sebarang salah laku, beliau boleh menyambung tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ramesh berkata, Timbalan Presiden PKR itu wajar mencontohi Pengerusi CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak yang secara sukarela mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap isu pengagihan dana AS$7 juta (RM29 juta) kepada beberapa ahli politik.

Katanya, wang itu diberikan oleh abangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13.   "Ketika ini, Nazir sudah kembali bertugas sebagai Pengerusi CIMB seperti biasa selepas siasatan mendapati dirinya tidak melakukan sebarang salah laku.

Bercuti sementara adalah satu perkara biasa jika ada siasatan ke atas sebarang kes dilakukan," katanya. Setiausaha Agung PKR, Raizi Ramli pada Isnin lalu, membuat laporan dan menyerahkan bukti kepada SPRM berkenaan wujudnya unsur rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...