Sabtu, 4 Jun 2016

Hudud: Mahathir Dalang Disebalik 'Kekeliruan' MCA?

Sudah jelas bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentang Presiden PAS, Hadi Awang minggu sudah, bukanlah undang-undang hudud.

Tapi pakatan anti Islam seperti DAP, MCA, Gerakan dan MIC masih terus melaungkan itu adalah undang-undang hudud sekalipun telah dinafikan Perdana Menteri beberapa kali.

Sementara kita faham DAP memang anti hudud seumur hidup, habis semua benda berbunyi syariah pun dia nampak hudud jugak, bab MCA dan Gerakan ni ada sikit tak faham.

Penulis diberitahu, ini cara mereka bermain politik dikalangan penyokong bukan Islam mereka, tapi bukankah lebih elok menjelaskan kepada penyokong masing-masing, akta itu bukan bermaksud nak melaksanakan hudud seperti dikatakan Perdana Menteri?


Yang ikut DAP tu apahalnya pula?

Justeru, mungkinkah ada orang yang cuba menghasut parti-parti ini dengan tujuan melawan Najib Razak? Melihat kepada alasan yang diberikan MCA yang parti itu tidak anti Islam sebaliknya menolak hudud PAS, nampak macam sama dengan alasan Mahathir bila menolak hudud zaman berzaman.

Mahathir, masa jadi Perdana Menteri guna alasan itulah bila nak menolak hudud. Tapi masalahnya sekarang, undang-undang itu bukan hukum hudud, kenapa MCA guna alasan Mahathir (bila nak tolak hudud)?

Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kalau betul Mahathir menghasut di belakang dan MCA, Gerakan serta MIC tu percaya dengannya, elok mereka keluar BN dan bergabung dengan Mahathir sajalah.

Komen Pembaca: 


Padi Jantn
Padi Jantan Setuju!... Sangat-sangat setuju MCA, MIC dan GERAKAN join Mahathir (y) biaq UMNO bersama 3.4Juta ahlinya bersama PM untuk pertahankan BN dalam PRU akan datang. *sangat-sangat setuju..


Jalaluddin Mohamed Ismail
Jalaluddin Mohamed Ismail Waalaikumsalam di ampunkan dan mari kita ramai-ramai bertalkinkan buat Madey Kutty dan Anina Ya Robb lindungi pemimpin Negara kami serta Kerajaan BN dari manusia pengkhianat bangsa Melayu Madey Kutty dan Anina serta memohonkan dari Allah SWT untuk mengambil mereka ke pangkuan engkau Ya Robb kerana mereka ini membawa bencana yang teramat ke Negara dan Kerajaan BN khususnya Ya Robb dan aku mohon perlindungan dari mu Ya Robb dari manusia korup ini SubbahanAllah Wallhamdullillah WallaillahaillAllah Wallahuakhbar Lahawlawalla Quataillah Billahillalliullazim iya datang dari kamu dan kami serahkan kepada kamu Ya Robb engkau bagi keadilan yang setimpal nya pada mereka Ya Allah... Amin Amin Ya Robbul Alamin

Sumber:Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...