Rabu, 29 Jun 2016

MAK LAMPIR DAPAT KERETA PERCUMA DARI SYARIKAT HANSPEC ( M) SDN BHD

DI MANAKAH SYARIKAT HANSPEC ( M) SDN BHD? YANG BERI KERETA MERCEDES BENZ S280 KEPADA ZURAIDA @ MAK LAMPIR ?

1. Selepas pendedahan blog masterdedah 
mengena Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd yang menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 nombor plat BNT9138 selain pendedahan penama syarikat seperti berikut;


- Lee Keat Keong
- Lee Ban Chew
- Phoon Sow Cheng

Selasa, 28 Jun 2016

Mukhriz Berdoa Kepada Tuhan Minta Nyawa Bapanya Dipanjangkan

Serah Kedah Pada PAS, Mukhriz Mendahului Rakyat

Tuduhan Mukhriz konon UMNO akan menyerahkan negeri Kedah kepada PAS, adalah satu tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih serta didorong rasa kecewa kerana dipecat dari UMNO minggu sudah.

Mana dia bukti untuk tuduhan itu selain seakan menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan. Boleh main serah-serah negeri macam tu saja, ingat ni wayang Nujum Pak Belalang ke?

Lebih baik Mukhriz berdoa kepada tuhan minta nyawa bapanya panjang lagi sehingga PRU14 kerana nanti bila kempen pilihanraya itu bermula, siapa yang Mukhriz nak seret untuk bantunya berkempen lagi dah?

Isnin, 27 Jun 2016

Rafizi Mengadakan Perjumpaan Sulit Dengan Pegawai SPRM ?

Tidak menghairankan apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan ada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubunginya dan mengadakan perjumpaan sulit biarpun ia bertentangan dengan etika kerajaan.

Persoalan kini timbul, apakah yang dibicarakan dan apa pula dokumen yang diserahkan kepada pemimpin pembangkang itu.

Tindak tanduk pegawai SPRM sudah lama diragui apatah lagi pada Ogos tahun lalu, polis turut menyerbu ibupejabat SPRM berikutan kebocoran dokumen yang dipercayai berlaku dalam agensi penguatkuasaan itu.

Ahad, 26 Jun 2016

RAFIZI HILANG TELOK KES RASUAH MAK LAMPIR

Apa komen Rafizi Ramli mengenai Rasuah Zuraida Ahli Parlimen Ampang yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan Ketua Wanita PKR? Rafizi SUA PKR yang juga MP Pandan merupakan seorang kuat dibelakang National Oversight & Whistleblowers (NOW) nampaknya masih berdiam diri.

Lantang dalam siri pendedahan mencipta persepsi melalui fitnah tetapi kelu lidah terhadap Zuraida "Kak Zu".

Setakat ini belum ada sepatah komen Rafizi mengenai "Kak Zu". Zuraida orang kuat Azmin Ali MB Selangor tentunya teguran terhadap Zuraida adalah wajar. Rakyat menilai siapa Rafizi.

Sabtu, 25 Jun 2016

Isteri LIM GUAN ENG Terbabit Sebagai "PERUNDING" Projek Perniagaan Di Pulau Pinang

HELLO SPRM AWAK KAT MANA ?

Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd adalah syarikat yang diasaskan oleh isteri Lim Guan Eng, Betty Chew dan saudara perempuan Phang Li Khoon.

Betty adalah kedua-dua pemegang saham dan juga pengarah syarikat ini.

Selepas itu, beberapa saudara-saudara Phang Li Koon menyertai sebagai pemegang saham dan pengarah – semua memberikan alamat yang sama.

Kemudian Betty Chew meletakkan jawatan dan Phang Li Koon dirinya mengambil alih sebagai pengarah.

Jumaat, 24 Jun 2016

Siapa Peduli Dengan Mahathir Lagi Dah Lepas Ni?

Mahathir kata dalam blognya semalam, 2 kekalahan sekutunya PAN di Sg Besar dan Kuala Kangsar, tidak akan melunturkan semangatnya untk menjatuhkan Perdana Menteri, bahkan dia mungkin jadi lebih keras lagi.

Persoalannya, ada kita peduli?

Kalah besar di dua kerusi itupun sudah cukup membuktikan bahawa perjuangan Mahathir adalah satu perjuangan yang sia-sia. Konon dapat 1 juta tandatangan tapi dimana kesannya semua tandatangan itu. Bila ada piliihanraya, kalah, maksudnya takde impak langsunglah.

Lainlah kalau deklarasi satu juta, pengikut Fan Page satu juta. lepas tu menang besar, barulah ada gigil sikit, ini kang, sejuta sana sejuta sini, kalau tak sebab undi DAP, buta buta calon PAN hilang deposit.

Khamis, 23 Jun 2016

Jadikan ikhtibar buat semua rakyat jelata Sempena Hari Ayah yang baru berlalu.

(Kisah) Bapa Yang Miskin Beli Laptop Untuk Anaknya.

Agak sedih membaca kisah bapa yang miskin ni sanggup bersusah payah mengumpulkan wang semata-mata ingin beli laptop untuk anaknya.

Adakah anaknya tidak tahu keperitan si bapa yang bersusah payah mencari wang. Apapun hargailah bapa kita. Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.. apabila telah berjaya dalam hidup terus dilupakan mereka ini. Ingatlah tanpa mereka siapalah kita..

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,

“Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi,

“Nak beli untuk anak ke?”, tanya aku..

“Ya, nak beli untuk anak" – dia nak sambung belajar..

Rabu, 22 Jun 2016

ADULAAA ......JELINGAN MANJA MENGODA TSMY

Memang tak menghairankan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh tergoda dan jatuh hati dengan Nika Gee Siew Yee, isteri bekas peguam terkenal, Stanley Clement Augustin... boleh luruh jantung tatkala menatap wajah dan jelingan manja Nika, melainkan anda termasuk dalam kategori LGBT spesisi Bang Non...
Baru2 ini telah didedahkan surat Akuan Bersumpah (SD) milik Stanley Clement Augustin... akuan ini dibuat berdasarkan pengakuan seperti yg diceritakan oleh Nika Gee kepada Stanley, yg mana Nika mengakui telah menjalinkan hubungan sulit dgn TSMY sejak menjadi MB Johor lagi...
Raja Petra Kamaluddin (RPK), individu yg bertanggungjawab mendedahkan skandal ini telah mencabar TSMY untuk mengambil tindakan undang2 keatasnya jika dakwaan ini tidak benar... malah RPK juga turut mendedahkan jumlah bayaran dan sara hidup yg diberikan oleh TSMY kepada Nika Gee sepanjang hubungan mereka...

Selasa, 21 Jun 2016

Calon PKR Bekenu, Bill Kayong mati ditembak

KUALA LUMPUR: Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shipping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

Sumber: KLIK DISINI

RAFIZI RAMLI PATUT DIPENJARAKAN DEMI PERPADUAN RAKYAT

KUALA LUMPUR - Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.
Justeru itu, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.

Isnin, 20 Jun 2016

MAHATHIR SALAHKAN HUJAN PUNCA KEKALAHAN PRK SG BESAR

SUNGAI BESAR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan kempen bersama pembangkang selepas solat Jumaat tadi terbantut kerana hujan

Hujan lebat pada sebelah petang memaksa Dr Mahathir membatalkan program tinjauan mesra di sekitar Sungai Besar seperti bazar Ramadan di Sungai Haji Dorani. Sebelum itu, Dr Mahathir yang berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan ceramah di Tali Air 8, Sekinchan pada jam 10.30 pagi. 

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir turun ke Sungai Besar membantu kempen pembangkang dengan kali pertama pada Sabtu lalu. Beliau juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur ketika berceramah di Sekinchan Sabtu lalu.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 19 Jun 2016

MAHATHIR ADALAH PUNCA KEKALAHAN BESAR #PRK SG BESAR & KUALA KANGSAR

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang besar di kedua-dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Di Kuala Kangsar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang.
Menurut Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.
Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.
Di Sungai Besar, Barisan Nasional (BN) tidak menyangka mereka menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang diadakan hari ini.

Sabtu, 18 Jun 2016

Muhyiddin Terlibat Skandal Dengan Isteri Peguam ???

Terdedahnya pengakuan bersumpah (SD) oleh seorang peguam yang mendakwa Muhyiddin ada hubungan dengan isterinya (termasuk hubungan seksual) di portal Malaysia Today yang dikendalikan Raja Petra hari ini, menjelaskan kenapa dia begitu turut dan taat kepada si Mahathir ini.

Betul tak betul tu belakang kira, Mahathir tuduh Najib macam-macam pun dah terbukti tak betul tapi dia peduli apa ye tak? Yang penting sekarang, sekadar penafian bodoh macam itu saja seperti dibuat Muhyiddin kelmarin, dah tak boleh diterima.

Rabu, 15 Jun 2016

CALUN AMANAH & PAS SEBAGAI "TOUCH N GO", BONGKAK, ANGKUH DAN SOMBONG

SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

Selasa, 14 Jun 2016

PAN LACUR MAHASISWA UNISEL DI PRK SUNGAI BESAR?

UNISEL LACUR MAHASISWA DI SUNGAI BESAR?

Khabar angin sedang bertiup kencang bahawa Universiti Selangor (UNISEL) yang ditubuhkan oleh kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional Selangor sebelum ini menjadikan mahasiswa mereka sebagai para pelacur politik menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Sebagai seorang pentadbir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal mahasiswa, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin perlu menjawab persoalan ini dengan telus dan jujur agar nilai akademik dan bakal graduan yang dilahirkan UNISEL menepati pasaran kerja dan mampu memberi sumbangan pada masyarakat.

Isnin, 13 Jun 2016

DIKTATOR ADALAH PRISIP HIDUP MAHATHIR

Tak Boleh Bawa Keluar Diktator Dari Mahathir

Mahathir menyerlahkan kedidaktorannya apabila melabel Presiden PAS, Haji Hadi Awang sebagai pemakan dedak bila enggan menyokongnya dalam gerakan menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak.

Apa benda demokrasi kalau kita saja betul dan orang lain salah? Itu bukan demokrasi tapi diktator - label yang selalu dikaitkan dengan Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri.

Ahad, 12 Jun 2016

Penafian Singapura; Beranikah Mahathir Saman Bloomberg?

Permainan politik kotor Mahathir dan sekutunya WSJ untuk mencemarkan imej Najib Razak kini bukan sekadar menyakitkan negara sendiri bahkan menyakitkan negara lain juga iaitu Singapura.

Setelah WSJ (atas arahan Mahathir) mendakwa ada bank di Singapura menerima USD 3 billion wang 1MDB dari Goldman Sachs, pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan kepada Bloomberg.

Sabtu, 11 Jun 2016

BIAR MADEY MATI CEPAT LAGI BAIK !!!

SUNGAI BESARHudud versi PAS (Penghinaan yang tidak boleh diterima oleh PAS) tidak membawa keadilan yang sewajarnya kerana ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bukan Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hudud yang mereka mahu laksanakan adalah
'hudud PAS' dan ia bertentangan dengan hudud dalam Islam, kerana Islam menekankan keadilan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata undang-undang jenayah Islam akan membawa kepada ketidakadilan jika ia hanya memberi kesan kepada umat Islam.

Jumaat, 10 Jun 2016

Campur Air Kencing Dalam Minuman Supaya Majikan ‘Tunduk’

SINGAPURA – Seorang amah berusia 27 tahun yang berang dimarahi bertindak keji dengan mencampurkan air kencingnya dengan susu dan termos minuman sebelum diberikan kepada anak dan ahli keluarga majikannya.
Menurut sebuah portal negara itu, amah yang dikenali sebagai Ela bertindak sedemikian kerana mahukan ahli keluarga majikannya itu tunduk kepadanya.
Perbuatan terkutuk Ela terbongkar apabila majikannya mendapati air di dalam termos berwarna kekuningan dan berasa pelik serta berbau hancing apabila dibiarkan semalam dalam kejadian yang berlaku pada Oktober 2015.

Khamis, 9 Jun 2016

PENGUNDI CINA TOLAK MADEY SEBAB MULUT JAHAT MACAM PAN..

Masa proses penamaan calon tempoh hari, bukan main bersemangat balacinya Mahathir kata yang si tua itu akan datang berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Mahathir katanya dengan macam mana cara tidak akan benarkan BN menang sebab itu dia akan datang walaupun tak sihat.

Semangat bunyinya kan. Tak tahulah balaci tu yang cakap ke atau memang Mahathir yang cakap macam itu.

Tapi sudah beberapa hari sejak kenyataan itu dibuat, bayang Mahathir pun tak nampak lagi ni, tak tahu dia buat apa. Ada suratkhabar cina kata Mahathir akan datang semalam, tapi jenuh menunggu, tak ada jugak. Nak kata dia ke luar negara, tak pulak dengar khabar berita.

Ahad, 5 Jun 2016

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA "RAMADAN AL-MUBARAK"

Sabtu, 4 Jun 2016

Hudud: Mahathir Dalang Disebalik 'Kekeliruan' MCA?

Sudah jelas bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentang Presiden PAS, Hadi Awang minggu sudah, bukanlah undang-undang hudud.

Tapi pakatan anti Islam seperti DAP, MCA, Gerakan dan MIC masih terus melaungkan itu adalah undang-undang hudud sekalipun telah dinafikan Perdana Menteri beberapa kali.

Sementara kita faham DAP memang anti hudud seumur hidup, habis semua benda berbunyi syariah pun dia nampak hudud jugak, bab MCA dan Gerakan ni ada sikit tak faham.

Penulis diberitahu, ini cara mereka bermain politik dikalangan penyokong bukan Islam mereka, tapi bukankah lebih elok menjelaskan kepada penyokong masing-masing, akta itu bukan bermaksud nak melaksanakan hudud seperti dikatakan Perdana Menteri?

Khamis, 2 Jun 2016

Isu Rasuah Wang, Wanita: Azmin Ali Didesak Ambil Cuti

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak supaya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSM), Ramesh Rao, berkata langkah itu adalah yang terbaik bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa gangguan.

"Kita desak (Mohamed) Azmin Ali untuk bercuti sementara menunggu siasatan SPRM selesai. "Jika siasatan menunjukkan beliau bersih daripada sebarang salah laku, beliau boleh menyambung tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rabu, 1 Jun 2016

‘Gertak Keluar Parti, Kuat Sangatkah MCA, MIC?’

KUALA LUMPUR Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim menyindir tindakan pemimpin MCA dan MIC yang mengugut keluar kerajaan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 diluluskan.

Beliau berkata demikian menerusi twitternya yang merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam, kelmarin.

“Belum apa-apa lagi MCA dan MIC sudah gertak akan keluar Kabinet. Kuat sangatkah mereka?,” soalnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...