Jumaat, 27 Mei 2016

YDPA Tak Dalam 'Tahanan", Mahathir Yang Patut 'Dikandangkan'

DYMM Yang Dipertuan Agung dilihat menghadiri Anugerah Sukan Negara bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Seterusnya menafikan dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa baginda berada dalam tahanan rumah dan dengan itu tidak dapat menyerahkan 'berjuta-juta' tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat yang diusahakannya.

Yang sudah pasti, kehadiran ini bermaksud Mahathir penipu, yang belum pasti, dakwaan berjuta tandatangan itu adalah satu pembohongan, takde banyak mana seperti yang dicakap pun, sebab itu tak boleh nak bawak berjumpa.


Belum kita sebut tidak ada peruntukkan dalam perlembagaan negara yang membolehkan Perdana Menteri diganti dengan sejuta tandatangan - jika betul ianya wujud. Kalau bincang yang ini, klimaks awallah keseluruhan cerita ini pun.

Justeru, sewajarnyalah Mahathir tu yang ditahan sebab membuat cerita tidak betul yang memberi gambaran buruk kepada kerajaan dan negara. Tidak ada keperluan undang-undang untuk menahan YDPA di rumah seperti didakwa Mahathir, dia tu saja bagi alasan bodoh supaya tidak dicemuh pengikutnya sendiri.

Laporan polis pun dah dibuat dan tindakan tegas perlu disegerakan.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...