Translate

03/05/2016

BUSUKNYA HATI MAHATHIR TERSERLAH LAGI...WALAUPUN DAH HAMPIR......???

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih sayangkan Umno, walaupun beliau bertindak meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau keluar daripada Umno kerana tidak suka dengan cara pentadbiran yang dilakukan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib. Selama ini negara kita, walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.


“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata (dia) tak salah,” katanya di hadapan ramai hadirin pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, pada Ahad.

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

“Baik sungguh Najib. Yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau tidak pernah meminjam wang RM1 bilion.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...