Translate

30/04/2016

Ambik Kau > 'Keluar Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya'.

TINDAKAN ORANG KECEWA....

SHAH ALAM: Bekas ahli DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan tindakan bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang kini menyertai DAP, tidak ubah seperti 'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya'.

Jelasnya, tidak kira parti mana sekalipun yang disertai oleh Zaidi, beliau akan tetap menjadi alat kepada pembangkang terutamanya DAP dalam meraih undi kaum Melayu.

"Kalau Mejar Zaidi ingat dia masuk DAP ataupun PAN dan PKR tidak ada bezanya. Orang Melayu masuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) hanya tumpangan dan diperalatkan sebagai 'wallpaper' sahaja. 

28/04/2016

Penafian Mukhriz Macam Pelacur Mengaku Anak Dara

Kata Mukhriz kepada sebuah media antarabangsa beberapa hari yang lepas, dia tidak ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita percaya, kenyataan ini dibuat untuk menafikan persepsi ramai bahawa bapanya Mahathir menentang Datuk Sri Najib kerana nak menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.

Apa bodoh penjelasan macam itu? Kalau Mukhriz tidak berminat nak jadi Perdana Menteri, kenapa dia bertanding jawatan Naib Presiden tahun 2013 dulu? Kalau dia tidak berminat nak jadi Perdana Menteri kenapa dia bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menumbangkan Perdana Menteri?

Niat Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib bukan rahsia, dia dah dedah semua dah.

27/04/2016

Isu MB Terengganu: Hentikan Andaian Atau Sebaran Palsu Mengaibkan Keluarga Beliau

1.    Dia Telah Membatalkan Projek Pasar Payang Yang Langsung Tidak Mendapatkan Keuntungan Untuk Warga Kuala Terengganu Seperti Di Cadangkan Oleh Mantan MB Mat Said Sebelum Ini.

2.  Dia Telah Membatalkan Projek pembangunan Stesen Bas,Turun Padang Jumpa Peniaga dan Dengar Keluhan Peniaga/

3.  Dia Telah Mencadangkan Pasar Untuk Wanita Berniaga Di Belakang Hotel Grand Continental,Kuala Terengganu.

26/04/2016

Bila Mahathir Nak Pulangkan 100 Billion Aset Umno ?

KUALA LUMRUR – Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan kepada parti itu.

Blogger politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.

Raja Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan raya umum 2013.

25/04/2016

Saranan Dr Zakir Naik Tidak Mustahil Terlaksana

SHAH ALAM - Umno Bahagian Cheras menyifatkan saranan pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik agar Pas-Umno membentuk kerajaan campuran tidak menjuruskan kepada agenda politik, sebaliknya demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, saranan itu tidak sewajarnya dipolitikkan oleh pihak berkepentingan.
"Saranan tersebut walaupun dilihat bersifat peribadi tetapi tidak bermakna saranan tersebut perlu diketepikan oleh Pas dan Umno.

"Kemungkinan beliau melihat perpecahan ketara di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini akibat perbezaan ideologi politik sebagai sesuatu yang serius dan memerlukan kepada usaha penyatuan dibuat," katanya lapor blog Umno Bahagian Cheras.

23/04/2016

‪#‎PRNSarawak‬: Mahathir Dilarang Masuk Ke Sarawak ???

Dilaporkan semalam (atau kelmarin) calon-calon DAP yang memulakan kempen mereka masing-masing, telah mengata PKR, kononnya tidak layak untuk jadi kerajaan di Sarawak sebab macam hilang hala tujuan (mungkin selepas Anwar masuk penjara).

Turut disebut ialah PKR ni hanya mementingkan diri sendiri, tak sedar yang dia pun banyak ambil alih kawasan kawan tu berbanding PRN 2011. Tapi tak kisahlah tu, yang penting sekarang belum apa-apa dah bertekak, belum menang lagi, tak tahu kalau menang, berapa kali nak tukar Ketua Menteri entah la nanti tu.

21/04/2016

MAHATHIR BERSEKONGKOL DENGAN BAPAK KOMUNIS MENJATUHKAN NAJIB ???

Kit Siang Nak Tolong, Tapi Nak Jatuhkan Najib?

Gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib yang dianjurkan Mahathir, bersekutukan orang DAP, Lim Kit Siang ini sudah nampak macam rojak mamak, bercampur dan berterabur.

Pada mata Mahathir sekarang, dia hanya nak tengok Najib turun sebelum letak anaknya sendiri, tidak ada agenda lain selain itu. Tapi Kit Siang yang anaknya dalam bahaya didakwa di Mahkamah akibat skandal banglo diskaun, menganjurkan untuk membersihkan nama Najib dalam isu dana RM 2.6 billion.

20/04/2016

PAC Tipu, PRU Tipu Yang Tak Tipu Hanya Mahathir

Semalam Mahathir menulis di dalam blognya mendakwa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menipu bila membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari sebarang salah laku.

Ini kali kedua Mahathir bangkit pasal tipu, tak beberapa lama sebelum Mahathir tuduh PRU pun boleh menipu juga.

Lupakan pasal PRU tu, hari ini nak cerita pasal PAC. Ada 5 PRU yang Mahathir kendalikan semasa jadi Perdana Menteri, nak buktikan semua tu tipu perlu masa juga.

17/04/2016

KERANA PERJUANGAN ATAU KEANGKUHAN???

Apa lagi yang Tun M kejarkan... janganlah Tun M padamkan terus secebis rasa hormat yang mungkin masih bersisa di hati sanubari rakyat... secebis inilah yang akan jadi modal untuk tatapan kenangan generasi akan datang...

Tak kisahlah jika perkataan maaf itu satu yang mustahil terpacul dari mulut Tun M, jauh lebih penting, Tun M mesti hentikan segera segala gerak kerja songsang yang sedang Tun rencanakan... segalanya sudah pun terserlah, yang tersirat sudah tersurat... tempoh untuk Tun M undurkan Najib sudah pun tamat... Tun M sudah pun dianggap GAGAL...

16/04/2016

TIDAK SALAHKAN NON MUSLIM DIAJAR OLEH MANUSIA BERHATI SERIGALA

LUAHAN KANG NASIR: Rasa simpati tu tetap ada bila sahabat kita dihina oleh non muslim dgn mempergunakan kesucian agama.

Perkara ini saya TIDAK SALAHKAN NON MUSLIM. Dan saya tak hairan non muslim menghina kita. kerana mereka dah terlanjur diajar oleh manusia yg BERHATI SRIGALA @ penganut2 branded islam supaya pandai mempergunakan agama utk menghina menghukum musuh jihad mereka.

Pengalaman saya hampir 10thn lalu saya lupa pd status siapa seingat saya ramai juga RBA non muslim salah sorang darinya Fanny Looi dan beberapa org non muslim turut berada dlm status itu berlumba2 menghina saya memfitnah menghukum saya.

13/04/2016

MAHATHIR GILA TALAK DAN MEROYAN ???

Sebaik Umno diharamkan kerana ada mesyuarat tahunan cawangan dan bahagian yang tidak sah, Mahathir bertindak mendaftarkan semula parti itu atas nama Umno Baru. Tunku dan Hussein Onn tidak bersetuju dan enggan mendaftarkan diri sebagai ahli parti baru itu.

Bagaimanapun bak hukum karma, Mahathir mendapati penggantinya, Tun Abdullah Badawi tidak mematuhi wawasannya (Mahathir) dan menyeru rakyat berontak menurunkan Pak Lah.

Apabila percubaan menjatuhkan Pak Llah kurang berkesan, Mahathir merajuk dan keluar Umno bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Ali. Ketika itu Mahathir tentu dapat merasakan betapa kecewanya Tunku dan Hussein Onn apabila Mahathir tidak mengikut kompas politik yang telah mereka tentukan. 

12/04/2016

Siapa2 Tolong Maklum Mahathir Anwar Tak Lagi Sokong Gerakannya

Kenyanyukan Mahathir bertambah parah bila dia mendakwa Anwar menyokong gerakan yang diketuainya untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Maka itulah, sekalipun Anwar ini tidak bermoral dan tak layak jadi Perdana Menteri kata Mahathir, dia masih memerlukan sokongan dari Anwar.

Kenyataan ini dikeluarkan Mahathir ketika ditemuramah oleh media berita Australia beberapa hari yang lepas.

11/04/2016

APA DAH JADI DENGAN DATUK SERI SHUKRI ABDUL MASIH LAGI MELINDUNGI ANAK BUAHNYA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa penahanan seorang pegawai suruhanjaya itu baru-baru ini ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pegawai lelaki berusia lewat 30-an itu ditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada seorang pegawai polis yang disiasat SPRM.

“Justeru, ingin saya jelaskan bahawa tuduhan beliau ditangkap kerana kononnya cuba menghapus bukti kes melibatkan siasatan Guan Eng adalah tidak benar.

YB BIADAP > ‘Saya YB Kawasan Ni, Awak Tak Fahamkah?’


KUALA LUMPUR – ‘Saya YB Kawasan Ni, Awak Tak Fahamkah?’ kata Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping kepada anggota polis yang bertugas dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sabtu.

Kok Ping berkata demikian apabila anggota polis berkenaan enggan memberi kebenaran kepada beliau dan pengikutnya masuk ke kawasan keselamatan berdasarkan prosedur yang ditetapkan LTAK.

“Ini kawasan Stampin. Kamu beritahu saya, kawasan ni siapa YB?

“Saya! Saya YB Parlimen kawasan ini…tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya….” katanya berulang kali kepada anggota polis tersebut.

09/04/2016

Marina Mahathir Pulak Timbulkan Masalah ???

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mengucapkan tahniah kepada Aktivis hak Transgender, Nisha Ayub selepas bandar San Diego, California mengisytiharkan 5 April sebagai Hari Nisha Ayub.

Marina yang memuat naik status tersebut di akaun Facebooknya turut membuat pautan berita dari The Star Online mengenai penghargaan pengisytiharan yang dibuat oleh Datuk Bandar San Diego, Kevin L. Faulconer di atas sumbangan Nisha memperjuangkan hak-hak transgender.

“Wow…tahniah Nisha,” tulisnya.

Minggu lalu, Nisha merupakan seorang daripada 14 penerima Setiausaha Negara Amerika Syarikat Wanita Antarabangsa yang telah memenangi anugerah ‘keberanian’ dari kedutaan Amerika Syarikat.

08/04/2016

Isu MB Terengganu: ‘Jangan Cabar Saya’ Tidak Teragak-Agak Untuk Mengisytiharkan Perang

KEMAMAN“Jangan cabar saya! Okay, kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka, sama-sama nak telanjang kita telanjang tapi untuk mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis),” itu amaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Amaran itu disuarakan beliau berikutan keadaan politik Terengganu ketika ini dan ‘serangan’ yang dilakukan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said terhadapnya.

Ahmad Razif berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan perang jika terus diasak kerana beliau juga mempunyai had kesabaran.

“Mula-mula memang (layan) cara baik tapi kalau ada orang cabar, saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran…jangan tengok saya begini (berlembut) maka kata menteri besar penakut dan tak berani.

07/04/2016

Tindakan Adun Kijal Disifatkan Sebagai Dendam

KUALA TERENGGANU Tindakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang dilihat tidak berputus asa untuk memastikan berlaku pertukaran menteri besar di negeri ini disifatkan sebagai dendam.

Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Ahmad sepatutnya bersyukur kerana beliau tetap disokong rakyat negeri ini sebagai menteri besar walaupun pelantikan beliau ketika itu berlaku semasa kemelut menteri besar yang turut melibatkan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas PRU 2008.

Beliau turut memberitahu bahawa Ahmad akan tetap menikmati pencen tidak seperti pihak-pihak lain yang berpenat lelah berjuang mempertahankan Umno dan BN.

06/04/2016

MAHATHIR DIHINA, DIKEJI OLEH MAT SABU TAK MALU KE ???


Diantara komen-komen dari penonton:


- Manalah dr m nak sorok muka. Muka dua tebal macam kulit babi. Bak kata orang tua2 duludia meludah kelangit dan skrng dia jilat balik. Dunia tak terbalik tapi dia kena balik. Itu yg Allah janjikan kpd umat maanusia ie yg jahat tetap akan dibalas dgn jahat dan yg baik tetap akan dibalas dgn baik.


Mat Sabu = terbaik!! Jangan percaya MAMAKTHIR!! Ajenda SEBENAR Wawasan 2020 = anak aku Mukhriz jadi PM Malaysia mula2 ROSAK 22 tahun yg lalu dlm zaman Mamakthir = kronisma, rasuah, politik perkauman, kehakiman tak bebas, guna undang2 kezaliman, fitnah dll Semua yg Mamak tuduh Najis telah dicipta oleh Mamak... Najis hanya ikut aje

05/04/2016

MEREKA CUBA JATUHKAN NAJIB SEBELUM ZETI BERSARA

Penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha menjatuhkan Najib, sebelum Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan.
Dalam satu catatan di laman web Malaysia Today, penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin menyatakan, ia adalah satu daripada dua alasan terhadap tindakan tergesa-gesa penentang Najib daripada kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib.
Raja Petra mendakwa, penulis blog dan pengamal media veteran, Datuk A Kadir Jasin telah memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa bulan ini adalah bulan terakhir buat Najib.

04/04/2016

JIJAH KIPAS JIJIK MELIHAT WAJAH DAN BERHADAPAN DENGAN MAHATHIR

Pada Ahad lepas iaitu ketika demontrasi ANTI GST yang bertukar menjadi BEBASKAN ANWAR, Wan Azizah dilihat sengaja memalukan Tun Mahathir apabila menghebahkan dia ke kenduri salah seorang temannya.

Nampaknya walaupun Mahathir terhemoi-hemoi untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada pembangkang dalam misinya menggulingkan Najib Abdul Razak, hanya segelintir sahaja yang sudi mengikut alunannya. Manakala sebahagian yang lain pula termasuklah Wan Azizah terus menyimpan dendam terhadap Mahathir.

Susah nak buang perasaan jijik tu, yer Kak Wan Kipas?

03/04/2016

MAHATHIR DIPERBODOH-BODOHKAN PEMIMPIN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR – Nampaknya amarah dalam kalangan pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir Mohamad masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.

Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik selepas Mahathir selesai berucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan pentas ucapan.

Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang ditugaskan membaca doa penutup, sempat berucap, “semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup.”

02/04/2016

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin Memang BIADAP dan KURANG AJAR

LUAHAN DARI SI BIADAP
KUALA LUMPUR – “Zaman sopan santun serasanya telah lama berlalu. Untuk mengalahkan politik biadab dan tidak bertamadun perlu melalui proses yang ‘kurang ajar’”
Itu kata-kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin bagi menghasut orang ramai mengulingkan kerajaan melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘Arab Spring’
Dakwa beliau, adalah mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi tetapi usaha itu boleh tercapai melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran oleh rakyat.

01/04/2016

Panas: ‘Mamu Penang’ Jemput Raja Bomoh Buat Ritual Hantu Depan Rumah Guan Eng

KUALA LUMPUR – Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dilaporkan akan menjemput individu yang mengelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin untuk mengadakan ‘ritual khas’ di hadapan banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausahanya, Muhsin Latheef melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook berkata pihaknya telah menghubungi Ibrahim untuk mengadakan ritual khas itu bagi membuang semua hantu dan ‘sial’ yang ada di rumah tersebut.

“Mamu sudah call Datuk Seri Panglima Ibrahim Mat Zin, sebab mahu kasi clear semua ‘feng shui’ hari Jumaat ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...