Rabu, 2 Mac 2016

TS Muhyiddin ikut jejak langkah Mahathir ?

Entah kenapa disebalik semua perkembangan yang berlaku dalam UMNO sekarang, terbaru dengan pengisytiharan keluar UMNO oleh Mahathir, Muhyiddin masih memerlukan masa untuk menjelaskan kedudukkanya dalam UMNO.

Apakah yang susah sangat nak buat keputusan kekal dalam parti dan keluar dari parti? Atau baru dapat ilham baru dari Vietnam, apa yang ada disitu? Apa Muhyiddin harap orang terkejut ke kalau dia keluar UMNO?

Kalau itu, boleh mimpilah, siapa yang peduli pun.


Tapi sama ada Muhyiddin kekal atau keluar dari UMNO, sudah tidak begitu penting, yang penting sekarang ialah Muhyidin mempertahankan dirinya dari tuduhan yang dikenakan ke atasnya sehingga sampai digantung tugas.

Kita mahu dengar, dari mulut Muhyiddin dimana salahnya dakwaan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden kerana tidak membantu Presiden? Respon segera Muhyiddin di akaun Facebooknya sebaik keputusan itu dibuat, tidak menjawab persoalan tersebut.

Yang dibangkit Muhyiddin ialah cerita sejak 6 tahun lepas, sedangkan yang kita mahu tahu sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri hujung Julai tahun lepas, apa yang sudah Muhyiddin lakukan untuk membantu Presiden?

Ada ke takde? Jawab itu dulu, yang lain nanti kita sembang kemudian.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...