Khamis, 31 Mac 2016

GAMBAR PENGKHIANAT WAJIB DIBUANG ATAU DIKELUARKAN DARIPADA BANGUNAN UMNO

CITA-CITA LIM KIT SIANG BERJAYA MENGHANCURKAN MELAYU ??

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mendesak Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar menurunkan semua gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berada di dalam bangunan Umno.

Beliau yang memuat naik status desakan di laman Facebooknya itu menyifatkan Tun Mahathir sebagai pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti Umno kerana telah bersekongkol dengan DAP.


“Kita desak Setiausaha Agung Umno agar semua gambar Mahathir dibuang dari PWTC.

“Kita tak mahu gambar manusia yang bersekongkol dengan DAP, Lim Kit Siang berada dalam bangunan parti Melayu,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir telah menandatangani Deklarasi Rakyat bersama pimpinan pembangkang termasuk Lim Kit Siang.

Beliau turut menghadiri Kongres Rakyat 2016 dan majlis Bebaskan Anwar, Undur Najib dua hari lalu, bagi kempen menggulingkan Perdana Menteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...