Selasa, 9 Februari 2016

Libat Istana: Polis Dah Beri Amaran, Kenapa Mukhriz Degil?

Kenyataan media Mukhriz, antara yang terakhir sebagai Menteri Besar Kedah semalam, dilihat ramai sebagai benar-benar kurang ajar kerana cuba mengaitkan pihak Istana dengan kemelut politik yang melanda UMNO negeri tersebut.

Padahal pihak polis telah memberikan amaran supaya tidak mengaitkan Istana dengan kemelut politik tersebut, tapi nampaknya masih ada yang berdegil.

Sehubungan dengan itu kita harap akan ada laporan yang dibuat agar tindakan susulan diambil ke atas Mukhriz lanjutan dari kenyataannya itu.

Perkara ini tidak boleh dibenarkan kerana kita bimbang di masa hadapan lebih banyak kejadian seumpamanya berlaku dan ini boleh mencemarkan istitusi diraja di negara kita.

Mukhriz sepatutnya menerima takdirnya yang tidak lagi mendapat kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan tidak mengheret pihak Istana ke dalam krisis kepercayaan yang sedang dihadapi kerana masalah yang dicetuskannya sendiri.

 Catatan: Balqis Sheikh.

Artike

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...