Translate

12/01/2016

MB PAHANG KENA JAWAB KE ???

Duti bauksit: Kerajaan Persekutuan rugi RM180 juta ??

PETALING JAYA - Kerajaan Persekutuan didakwa rugi RM180 juta kerana gagal mengutip duti eksport daripada hasil aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sejak tahun lepas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata berdasarkan laman Kastam DiRaja Malaysia menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit dikenakan sebarang caj.

"Perkara yang mengejut dan membimbangkan saya apabila kadar duti eksport bauksit di bawah kod 260600000 ialah sifar peratus.


"Berdasarkan maklumat ini, bermakna eksport bauksit ke luar negara tidak dikenakan sebarang duti eksport dan Kerajaan Persekutuan tidak mengutip sebarang hasil," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.

Bagi membendung masalah pencemaran akibat bauksit juga, kerajaan telah membekukan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk menjalankan operasi perlombongan sejak dua minggu lepas.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, kerajaan tidak boleh mengenakan royalti atau apa-apa caj ke atas perlombongan galian yang disenaraikan di bawah Akta 396: Akta Pembahagian Duti Eksport Galian 1964, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2(2).

"Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah mengenakan duti eksport yang separuhnya akan diagihkan kepada kerajaan negeri," ujarnya.

Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan juga mendakwa, kegagalan Kerajaan Persekutuan mengutip cukai itu telah menguntungkan pengusaha bauksit sahaja.

"Pengusaha bauksit dilaporkan mendapat kadar keuntungan bersih sehingga 40 peratus bagi setiap tan bauksit," katanya lagi.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...