Sabtu, 30 Januari 2016

KEPINCANGAN PENTADBIRAN SEMAKIN BERTAMBAH BURUK ???

KUALA LUMPUR, 29 Januari: Empat cawangan Umno di Kedah memberi amaran kepada pemimpin bahagian negeri itu supaya bersedia terhadap tindak balas daripada pengundi, atas cubaan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Cawangan yang menyuarakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah itu adalah Jalan Badlishah, Bandar Laguna, Kg Pinang dan Taman Bunga Raya yang terletak di bawah Bahagian Merbok.

Cawangan terbabit memberi amaran kepada Umno Kedah yang mereka perlu menerima akibat daripada cubaan menyingkirkan Mukhriz tanpa mendapat mandat akar umbi.

Pemimpin Umno Cawangan Jalan Badlishah, Anuar Abdul Hamid berkata, ahli parti yang menyokong Mukhriz akan menjelajah ke seluruh negeri jelapang padi itu untuk mencapai bahagian-bahagian Umno lain di Kedah.

Jumaat, 29 Januari 2016

PENUKARAN MB TIDAK DIRESTUI PEMANGKU SULTAN KEDAH ???

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan dipercayai bagi mendapat perkenan pertukaran Menteri Besar Kedah.

Memetik laporan Berita Harian, Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri tiba kira-kira jam 8.15 pagi dan meninggalkan istana itu sejam kemudian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Khamis, 28 Januari 2016

AG zaman Mahathir juga lakukan perkara sama

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peranan peguam negara tidak pernah berubah sejak zamannya berkuasa sebagai perdana menteri.
Salleh menegaskan perkara ini sebagai tindak balas kepada kritikan bekas perdana menteri itu terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Beliau berkata Mahathir membuat kenyataan "mengelirukan" tentang Apandi dengan memberi gambaran bahawa peguam negara melakukan sesuatu yang salah atau melampaui peranannya.

Rabu, 27 Januari 2016

#UMNO KEDAH: Jangan lupa pesan orang tua - menang sabung kampung tergadai


ALOR SETAR - Masing-masing cuba mempertahankan kumpulan sendiri dalam kemelut Umno Kedah sejak minggu lalu.

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan dan alasan sendiri untuk mewajarkan tindakan mereka iaitu mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah agar keadaan kembali seperti sedia kala.

Manakala kumpulan atau penyokong Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula mempunyai alasan lain agar dibuat perubahan dalam pentadbiran negeri ini termasuk dari segi politik dan parti pemerintah. 

Kehangatan kedua-dua pihak mengeluarkan 'fatwa' dan hujah menampakkan seakan-akan masing-masing terlupa bahawa mereka dari satu kapal yang sama dan melayari ke destinasi yang sama.

Selasa, 26 Januari 2016

JIJAH KIPAS PERLU JAGA TEPI KAIN SENDIRI

KUALA LUMPUR, 26 JanuariDewan Undangan Negeri (Dun) Kedah perlu memanggil sidang khas bagi membolehkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun Umno mempunyai majoriti, mereka perlu lakukan mengikut peraturan.

“Pendirian kita adalah Dun Kedah sepatutnya mengadakan satu sesi khas untuk membuat undi tidak percaya kalau tidak percaya kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.

“Untuk Dewan mereka, kami rasa mereka perlu buat begitu mengikut peruntukan,” katanya.

Isnin, 25 Januari 2016

Buang Mukhriz, Mahathir Keluar UMNO?

Menurut laporan media sosial, bekas Perdana Menteri Mahathir akan keluar dari UMNO sekira anaknya dibuang dari menjadi Menteri Besar Kedah.

Ini sebenarnya (kalau betul), adalah satu berita yang sangat ditunggu-tunggu, orang kata macam dapat bonus.

Kalau dengan membuang Mukhriz akan 'membuang' sekali Mahathir dari UMNO, maka segerakan lah pembuangan itu, jangan ditunggu lagi.

Mukhriz jadi MB pun bukan ada hati, itu yang jadi MB 'weekdays', asal hujung minggu balik KL. Yang susah rakyat Kedah, dah tukar kerajaan pun masih tak ada apa perubahan sebab MB habis banyak masa di KL.

Sabtu, 23 Januari 2016

AHMAD BASHAH JANGAN TAMBAH BEBAN MASALAH YANG DITANGGUNG OLEH NAJIB

Kalah PRU jika tukar MB

JERLUN – Umno Bahagian Jerlun mendakwa pertukaran jawatan menteri besar tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan parti itu tewas pada PRU 14.

Timbalan Ketuanya, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, sejarah negeri Kedah membuktikan parti itu akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan sejak 1995.

“Hujan tak ada, angin tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba kita diledakkan dengan satu bom yang membangkitkan kesedaran dan semangat semua masyarakat bukan sahaja di Jerlun, tapi di seluruh Kedah untuk bangun memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Jumaat, 22 Januari 2016

Ahmad Bashah Gila Kuasa ?

Ahmad Bashah patut dipecat terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR, 22 Januari: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md dilihat sebagai calon utama menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan daripada jawatannya.

Profesor Madya Dr Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata ini kerana Ahmad Bashah, seorang ahli politik yang berpengalaman di negeri ini, adalah antara pemimpin kanan negara yang mempunyai jawatan tertinggi dalam Umno.

Azizuddin berkata, Ahmad Bashah juga dilihat bakal menggantikan Mukhriz kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan pusat parti itu, terutama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dia yang paling kanan (ahli politik) dan paling rapat dengan Presiden (parti, Najib).

Sumber sokongan: KLIK DISINI

Isnin, 18 Januari 2016

BERMULA PAS BUAT U-TURN

Nasruddin Tantawi Tarik Balik Fitnahnya Ke Atas Guan Eng, Diperintah Bayar RM10,000

Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang 

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim. 

"Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan. 

Ahad, 17 Januari 2016

Alasan Proton Tak Munasabah, Ringgit Pernah Lebih Rendah

Tindakan Proton yang dipengerusikan Mahathir menaikan harga kereta keluarannya kerana faktor kenaikan ringgit, membuktikan bahawa syarikat itu masih lagi banyak mengimport peralatan membuat kenderaan dari luar, disebalik dakwaan Mahathir bahawa kewujudan Proton telah menghasilkan vendor tempatan yang mengeluarkan peralatan kenderaan.

Satu lagi pengeluar kenderaan nasional negara, Perodua, tidak pula menaikkan harga kereta, nampak sangat ada yang tak kena.

Entah kemana berbilion wang negara yang disuntik kedalam Proton sejak 1984, sehingga syarikat itu gagal membangunkan vendor tempatan dan masih bergantung kepada produk import. Lagipun alasan kenaikan ringgit ini tidak munasabah, ringgit pernah naik lebih tinggi dari sekarang, tapi Proton tak pulak naik harga?

Khamis, 14 Januari 2016

Kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) Memalukan Universiti serta Berbau Politik

PUTRAJAYA - Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) daripada 20 Universiti Awam (UA) mempersoalkan kebolehpercayaan kajian berhubung penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus.

Selain menyifatkan tujuannya mencurigakan, mereka juga mempertikaikan kesahihan kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) itu kerana senario sebenar di universiti tidak menjustifikasikan dapatan yang dilaporkan.

Mewakili Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kajian yang merumuskan tiga daripada empat pelajar mengalami kebuluran itu juga dijalankan tanpa melalui bahagian hal ehwal pelajar universiti berkenaan.

Selasa, 12 Januari 2016

MB PAHANG KENA JAWAB KE ???

Duti bauksit: Kerajaan Persekutuan rugi RM180 juta ??

PETALING JAYA - Kerajaan Persekutuan didakwa rugi RM180 juta kerana gagal mengutip duti eksport daripada hasil aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sejak tahun lepas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata berdasarkan laman Kastam DiRaja Malaysia menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit dikenakan sebarang caj.

"Perkara yang mengejut dan membimbangkan saya apabila kadar duti eksport bauksit di bawah kod 260600000 ialah sifar peratus.

Isnin, 11 Januari 2016

Jangan Tunggu Rakyat Marah Baru Selesai Aduan

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan semua kementerian dan agensi bertanggungjawab agar peka serta bertindak segera menyelesaikan aduan rakyat sebelum dilaporkan di dalam surat khabar dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kelemahan untuk bertindak dengan pantas akan menyebabkan rakyat menanggung bebannya sama ada dalam soal kos atau pun kelemahan perkhidmatan yang diberikan kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan Kementerian Kesihatan mengesan dan memperbaiki kerosakan sistem pendingin hawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dengan lebih awal adalah contoh yang perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang pada masa akan datang.

“Kerajaan bekerja untuk rakyat sebagai satu pasukan, justeru jika ada ahli pasukan yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka satu pasukan akan dihentam terutama sekali ketuanya.

“Itulah yang berlaku di hospital berkenaan apabila rakyat sudah menderita rasa panas, maka walaupun masalah itu berjaya diselesaikan, namun kemarahan tetap ada kerana mereka sentiasa menjangka perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nadzim mengulas tindakan Kementerian Kesihatan mengambil langkah sementara menyelesaikan masalah pendingin hawa di hospital berkenaan yang rosak dan perancangan untuk mengupah kontraktor bagi memperbaiki keseluruhan sistem berkenaan.

Masalah tersebut bagaimanapun hanya diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan kepada pihak bertanggungjawab memandangkan kerosakan itu telah dilaporkan oleh media.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 10 Januari 2016

Tindakan Keras Perlu Diambil Kerana Memajak Tanah Mereka (Felda Bukit Goh) kepada Pengusaha Bauksit

Gambar hiasan
KUANTAN - Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.

Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.

"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.

Khamis, 7 Januari 2016

JAWAPAN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH RAKYAT

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa terdapat rakyat negeri itu yang mahu industri perlombongan bauksit diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, tiada pampasan dituntut oleh rakyat Pahang kepada kerajaan negeri seperti disarankan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

"Bauksit tiada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang. Rakyat Kuantan tidak minta (pampasan), kita tahu apa yang kita buat.

"Hendak minta (pampasan) apa dia? Awak (wartawan) tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Rabu, 6 Januari 2016

Mahathir Memang Raja Ugut

Mahathir tak memahami hukum "BERDOSA"

Apa puncanya Mahathir kata dia tahu banyak rahsia Zahid Hamidi tapi memilih untuk tidak dedah rahsia itu sebab katanya semua orang banyak dosa (dia yang terbanyak sekali lah tu)?

Biar kita jelaskan. Itu sebenarnya cakap berselirat - yang terpacul lain, yang dimaksudkan lain. Maksud Mahathir, "aku tahu rahsia kau, nak selamat, ikutlah cakap aku".

Ramai orang tak tahu bahawa Mahathir memang kaki ugut. Hampir semua orang dia ugut supaya duduk bawah telunjuk dia. Paling teruk kena Anwar lah.

Selasa, 5 Januari 2016

Tuan Ibrahim Tuan Man Punca PAS Berpecah-Belah ?

Hati busuk kenapa nak kaitkan dengan UMNO pulak ???

SHAH ALAM - Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara  (Amanah) telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh itu, kata Tuan Ibrahim dia berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.

"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti mereka.

Isnin, 4 Januari 2016

BENARKAH TUN TUDUH ROSMAH BOMOH NAJIB ???


Adik Beradik Siapa Dapat Untung Bila Suami Jadi PM, Bukan Rosmah Pun!!

Mungkin dengan selesainya hutang 1MDB ini, pengikut Mahathir yang mati-mati percaya dengan dakwaan tidak berasas duit RM 42 billion dah hilang, mula tidak ada idea dan mengitar semula cerita-cerita lama mengenai keburukan Perdana Menteri yang pernah disebut Mahathir.

Antara yang paling popular sekarang ialah, dakwaan konon isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan bomoh ke atas Najib supaya Najib berada dibawah telunjuknya - dakwaan asal dibuat Mahathir sekitar Ogos 2015 di Pasir Gudang Johor.

Masya Allah, sakit jiwa betul orang-orang ni, macam mereka duduk sekali dengan Perdana Menteri, boleh tahu ada guna bomoh atau tidak.

Adakah Najib Perlu Masuk Campur Masalah Berlarutan Pencemaran Akibat Aktiviti Bauksit ???

MB Pahang perlu bertanggungjawab mengenai perkara ini.

KUANTAN - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di daerah ini.

Beliau turut meminta rakyat agar terus berjuang untuk menghentikan kegiatan tersebut yang menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Menerusi laman sosial instagramnya @ tengku_puan_pahang, Tunku Azizah memuat naik beberapa status berhubung perkara tersebut.

Beliau mengepilkan beberapa keratan akhbar yang melaporkan tentang pencemaran disebabkan aktiviti bauksit.

Ahad, 3 Januari 2016

Kucing gagalkan cubaan merompak

KUALA LUMPUR, 2 Januari:  Seekor kucing menzahirkan kesetiaan kepada tuannya selepas berjaya membuat pemiliknya itu menyedari mengenai kewujudan perompak di bahagian balkoni rumah.

Menurut mangsa yang berusia 39 tahun, beliau menyedari keadaan itu selepas mendengar kucing peliharaannya membuat bising.

“Sekitar jam 2.50 pagi, pengadu terdengar kucing peliharaannya membuat bising dan beliau membuat pemeriksaan di bahagian beranda rumah dan mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan balkoni.

“Dan sejurus itu saspek terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran pengadu.

Sabtu, 2 Januari 2016

Kita Banyak Buang Masa Dengan Isu-Isu Bodoh

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuat naik gambar 'selfie' berdiri di hadapan kawasan projek perumahan yang sedang dicat semula selepas dikatakan menyerupai simbol salib di Langkawi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rambau berkata di laman Twitternya : "Rumah-rumah yang ada 'salib' di Langkawi. Kini dicat semula selepas kecoh. Kita terlalu banyak membuang masa dengan isu-isu bodoh."

Kontroversi rekabentuk rumah itu timbul apabila projek perumahan di Kelibang itu kelihatan seperti simbol salib di bahagian bumbung apabila dicat dengan warna coklat manakala hanya satu bahagian sahaja yang dibiarkan berwarna putih.

Jumaat, 1 Januari 2016

Keputusan Analisis Kimia Dalam Negara Pun Dua Hingga Tiga Minggu ???

KUANTAN 31 Dis. - Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memandang serius kejadian warna air laut bertukar merah di Pantai Batu Hitam di sini yang dikatakan berpunca dari stok penyimpanan bauksit berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari kawasan perkampungan Sungai Pengorak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan kejadian laut merah di pantai itu pada Selasa lalu dan menjalankan persampelan kualiti air sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Semalam, JAS sekali lagi menjalankan persampelan air dan menjalankan siasatan bersama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri di kawasan terlibat.

“'Keputusan analisis kimia dijangka diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga minggu memandangkan analisis bagi sesetengah parameter pencemar perlu dijalankan di makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...