Translate

07/02/2015

Saya bukan 
murid sekolah - Hadi


MARANG 6 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Lim Guan Eng yang mempertikaikan kehadirannya dalam mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang dengan menegaskan beliau bukan budak sekolah untuk menurut arahan pemimpin DAP itu.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Guan Eng tidak berhak untuk menentukan sama ada beliau perlu menghadiri mesyuarat berkenaan atau tidak.
Katanya, terpulang kepada beliau sendiri untuk hadir atau tidak ke mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Ibu Pejabat Pas di ibu negara pada Ahad ini.

06/02/2015

IMIGRESEN, IMIGRESEN, IMIGRESEN, ????


KUALA LUMPUR 5 Feb. – Jabatan Imi­gresen akan memburu dan mengesan warga Pakistan yang membeli Pas Lawatan Sosial (PLS) di Sabah daripada sindiket yang dipercayai didalangi pegawai imigresen yang ditangkap Isnin lalu.

Warga Pakistan berkaitan tidak boleh melarikan diri kerana pas itu mempunyai tempoh sah tertentu dan mereka perlu memperbaharuinya di kaunter imigresen ataupun membuat permohonan melalui sistem dalam talian kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Imigre­sen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, beliau juga percaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memburu dan menangkap mereka sebagai pesalah rasuah atau saksi.

05/02/2015

"BINATANG" KIT SIANG MULA KURANG AJAR


KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang disaran cermin muka sebelum mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menendang keluar Menteri Pertanian Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan isu memboikot peniaga Cina yang menaikkan harga barang di saat harga minyak menunjukkan trend penurunan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai menjawab kenyataan Lim Kit Siang dalam portal berita Freemalaysiatoday (FMT).

Kata Syed Ali, Lim Kit Siang sepatutnya mencermin partinya (DAP) yang sering membawa isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit sebelum mahu mencampuri urusan menteri kabinet. Sepatutnya Lim Kit Siang seharusnya ditendang keluar dari DAP kerana merupakan bapak perkauman.

“Saya mahu tanya di sini siapa Lim Kit Siang mahu mengarahkan Najib menendang Ismail Sabri? Tak malukah jaga tepi kain orang? Sepatutnya Lim Kit Siang yang seharusnya ditendang keluar dari DAP kerana merupakan bapak perkauman tegar di negara ini yang sering membakar api kebencian masyarakat Cina kepada orang Melayu.

03/02/2015

Pengguna ‘tidur’ punca peniaga ‘pijak kepala’

KUALA LUMPUR, 3 Februari: Sikap pengguna negara ini yang tidak tahu menggunakan hak adalah punca peniaga mengambil kesempatan ‘memijak kepala’ mereka dengan tidak mengendahkan desakan agar menurun harga barangan ekoran harga bahan api yang makin murah, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Katanya, walaupun kerajaan sudah tiga kali mengumumkan penurunan harga minyak dengan yang terbaru berkuatkuasa 1 Februari, peniaga bersikap ‘pekak badak’ menjual barangan pada harga lama, malah ada yang lebih tinggi lagi disebabkan mereka tidak merasa terancam atau ‘gerun’ dengan kuasa yang ada pada pengguna.

Pengguna sudah lama sangat tidur, paling baik pun mengantuk. Mereka selama ini membiarkan sahaja harga barang terus naik tanpa melakukan sesuatu.

02/02/2015

Hudud Kelantan: Ustaz Nuar tidak berpuas hati dan PAS buat kesilapan besar ??


KUALA LUMPUR, 1 Februari: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap berpegang teguh kepada Maqasid Syariah selagi mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak memberikan salinan draf pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 untuk dibincangkan bersama.

Menurut Anwar, sehingga kini beliau tidak pernah melihat draf enakmen tersebut lantaran itu hukum hudud sukar dilaksanakan khususnya di Kelantan.

“Keutamaan kita ialah untuk mewujudkan keadilan, keamanan, bebas korupsi, tadbir urus kerajaan yang baik, sistem kehakiman yang bebas dan bebas bersuara.

01/02/2015

Teresa Kok buat hal lagi !!!


KUALA LUMPUR, 1 Februari: Setahun selepas menerbitkan klip video ‘Onederful Malaysia CNY 2104’, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok tampil menerbitkan satu lagi klip video untuk Tahun Baru Cina berbentuk sindiran yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan beberapa pemimpin negara tahun ini, walaupun beliau masih berdepan perbicaraan kes Akta Hasutan kerana video kontroversinya tahun lalu.

Klip video Teresa tahun ini berjudul1 Goat Year 1 Great Family’ (1 Tahun Kambing 1 Keluarga Besar) menjadikan satu (1) sebagai tema jenakanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...