Translate

07/12/2015

HATI TIM. PRESIDEN PAS SEMAKIN MEMBUSUK ???

SHAH ALAM - Jaminan kerajaan bahawa yuran universiti tidak akan dinaikkan didakwa untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pelbagai kenaikan lain sejak akhir ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jaminan itu tidak melegakan mahasiswa disebabkan kos sara hidup semakin melambung tinggi.

"Para pelajar di kota kini berdepan dengan kenaikan harga buku, harga pengangkutan awam, harga makan dan kenaikan saman di sekitar universiti.


"Kenyataan Najib itu memperlihatkan bahawa beliau kini terpisah daripada realiti kesusahan rakyat bawahan dan pelajar marhaen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh pada Sabtu bahawa yuran pengajian universiti awam tidak akan dinaikkan walaupun dana kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikurangkan dalam Bajet 2016.


Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga mendakwa pengumuman itu tidak dapat menutup penarikan pelbagai subsidi daripada rakyat.

"Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak mengurangkan harga barangan. Pengurangan subsidi juga tidak mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM623.3 bilion.

"Menteri BN mengatakan Malaysia tidak akan bankrap, tapi jika BN terus memerintah nescaya ramai rakyat dan pelajar yang bankrap sebelum masanya," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...