Rabu, 30 Disember 2015

ADAKAH KERAJAAN NEGERI PAHANG BERPUAS HATI TINDAKAN YANG DIAMBIL SELAMA INI ???

KUANTAN: Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak. 

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

ERL: Ku Sangka Kan Rosmah, Rupanya Hasmah

Mengikut dokumen Perjanjian ERL yang ditandatangani dengan kerajaan pada 1997 seperti didedahkan portal Malaysia Today, terdapat nama Dato Hj Mohamad Razali Mohd Ali tertera pada dokumen perjanjian itu, menjawat jawaran sebagai Pengerusi Eksekutif YTL.

Siapa Mohamad Razali Mohd Ali ini?

Menurut sumber, dia adalah ipar kepada Mahathir, adik kepada Siti Hasmah Mohd Ali dan juga bekas Menteri Besar Selangor yang dilantik Mahathir pada tahun 1985. 

Jika ini benar, bermaksud Mahathir menggunakan proksi untuk membina kekayaan bagi dirinya dan kerabat Siti Hasmahlah yang beruntung sebab menjadi pilihan utama jika membabitkan projek-projek kerajaan, terutama konsesi.

Jumaat, 25 Disember 2015

TUDUHAN PAS KELDAI TUNGGANGAN, PEROMPAK NOMBOR SATU ????

KHALIL MASIH MENTAH ILMU POLITIKNYA ??

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.

Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.

“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?

Khamis, 24 Disember 2015

Kerana Mahathir, Sanusi Keluar 'Fatwa' Program Haji Tajaan 1MDB, Haram

SANUSI JUNID DAH NYANYOK ???

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, mendakwa peserta Haji yang menerima tajaan Yayasan 1MDB adalah haram.

Kenyataan itu jelas memeranjatkan semua jemaah haji yang menerimaa tajaan sebelum ini, malah ada yang mengelengkan kepala dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Haji Misbun Maskom, salah seorang penerima tajaan haji pada tahun 2013 dari Negeri Sembilan berkata kesal dan kecewa dengan kenyataan politik yang tersebut.

Rabu, 23 Disember 2015

PERKASA Antara Dalang Disebalik Gerakan Anti-Najib ?

Umum mengetahui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan dalang sebenar disebalik gerakan untuk mengulingkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Namun tidak ramai yang tahu selain Mahathir, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) turut terlibat dan memainkan peranan dalam gerakan tersebut.

Sebagai contoh beberapa siri sidang akhbar yang dilakukan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) sebelum ini pada hakikatnya dilakukan oleh Perkasa.

Selasa, 22 Disember 2015

Mahathir Guna 'Kuda Tua' Yang Penuh Skandal Untuk Serang Najib

Nampaknya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir masih belum dapat 'tidur lena' selagi hasratnya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak tercapai.

Walaupun pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, namun ternyata 'gerakan tolak Najib' seperti bertemu jalan buntu.

Mahathir sebelum ini telah mengunakan 'khidmat' ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib untuk berundur, kini dia turut mengunakan 'suara' bekas-bekas menteri kabinet atau 'kuda tua' bagi mewujudkan persepsi kononnya ia merupakan gerakan rakyat.

Isnin, 21 Disember 2015

BANGSA YAHUDI PUN FAHAM DAN TAU MALU, KENAPA DI MALAYSIA TIDAK ?


TPM Israel letak jawatan dituduh gangguan seksual

TEL AVIV: Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom, yang juga Menteri Dalam Negeri meletak kedua-dua jawatan berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa wanita.

Beliau pada Ahad turut mengumumkan menarik diri sebagai anggota Parlimen Israel (Knesset). Peguam Negara, Yehuda Weinstein, mengumumkan siasatan terhadap dakwaan gangguan seksual itu selepas berunding dengan pendakwa raya dan Ketua Jabatan Penyiasatan dan Risikan Polis Israel.

Mengikut media Israel, hampir 12 wanita tampil dengan dakwaan gangguan seksual terhadap Shalom tetapi tidak membuat aduan rasmi dan tiada dakwaan difailkan. Laporan akhbar Haaretz menyebut, seorang wanita berkenaan pernah bekerja di pejabat Shalom. - Agensi

Ahad, 20 Disember 2015

Shafie Afdal 'U-Turun' Kembali Sokong Najib

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yang sebelum ini terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dikatakan akan 'u-turn' tidak lama lagi.

Menurut sumber 'orang-orang' Shafie dikatakan telah mengaturkan beberapa perjumpaan sulit bersama 'orang-orang' Najib bagi meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, Shafie akhirnya sedar tindakannya 'melawan arus' adalah merupakan satu langkah yang silap.

Sabtu, 19 Disember 2015

TOK HIM SEMAKIN SASAU APABILA UMNO/PAS BEKERJASAMA ?

KUALA LUMPUR, 19 Disember: “Saya yakin tiada kerjasama politik antara Umno dan PAS. Ini adalah permainan politik jangka pendek,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 di ibu negara, Khamis lalu.

Ibrahim berkata, kerjasama itu tidak akan terjalin, kerana Umno merupakan tulang belakang Barisan Nasional yang mempunyai parti komponen MCA dan Gerakan yang membantah pelaksanaan hukum hudud.

Khamis, 17 Disember 2015

Kenapa saya tolak kepimpinan DS Najib Tun Razak ??!!


Ketika DS Najib mengantikan kedudukan Perdana Menteri Malaysia saya sangat gembira kerana saya yakin DS Najib adalah insan yang terbaik untuk mengambil alih kerajaan daripada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pembangkang ketika itu agak kuat menyerang keperibadian DS Najib dari segi politik sehinggalah ke dalam isu rumahtangga.

Saya masih ingat lagi ketika itu CYTRO Pro UMNO/BN hidup segan mati tak mahu. Kita tidak terlalu kuat pada masa itu berbanding dengan kekuatan CYTRO Pakatan Rakyat. Ketika itulah CYTRO UMNO/BN bersatu di satu payung membantu mengerakkan jentera bagi mempengaruhi pengguna media sosial untuk menyokong kepimpinan DS Najib Razak. Duit sendiri sendiri je..

Rabu, 16 Disember 2015

SYED HAMID PERLU LETAK JAWATAN DAN SPAD DIBUBARKAN

Punca Sebenar ‘pergaduhan’ Ismail Sabri dan Syed Hamid didedah

PETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO mendedahkan punca perselisihan faham antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, Ismail Sabri bertanyakan isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid.

Selasa, 15 Disember 2015

TUN MAHATHIR PUNCA UMNO / PAS BERSENGKETA

KOTA BHARU, 15 Disember: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara waktu paling ‘tegang’ berhubung soal hubungan antara Pas dan Umno.

Tambahnya, sewaktu era Tun Abdullah Ahmad Badawi hubungan itu dilihat agak mesra dan merasakan sekarang Datuk Seri Najib Razak cuba mengembalikan semula kemesraan itu.

“Dalam setahun dua ini ada perubahan dan kita nampak ada sikit kelonggaran di pihak Kerajaan Pusat dan kerjasama itu kita sambut baik.

Jumaat, 11 Disember 2015

TUN MAHATHIR TAK PUAS HATI ???

Susah Pas-Umno mahu bekerjasama

KUALA LUMPUR - Agak susah bagi Pas dan Umno untuk bekerjasama demi masa depan parti dan negara, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana kata beliau,  kedua parti memiliki pendekatan dan asas perjuangan yang berbeza.

"Kedua-dua Pas dan Umno hanya boleh bekerjasama sekiranya mempunyai persamaan secara umum dalam perjuangan masing-masing," demikian pendapat beliau ketika ditanya mengenai tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulur tali silaturahim kepada Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib hulur tangan kepada Pas]

Rabu, 9 Disember 2015

Muhyiddin Tak Datang Malam Tadi Siapa Pulak Larang?


Sejak beberapa bulan selepas dipecat, Muhyiddin Yassin cuba memberi gambaran bahawa dia dibuang kerana ada suatu yang salah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengendalikan isu berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga seringkali mengeluarkan kenyataan ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap, tambah bila Ketua sayap minta mereka yang rasmi mesyuarat sayap masing-masing, bukan Muhyiddin seperti mana biasa (biasa, bukan mesti dia), lagilah meroyan Muhyiddinnya.

Selasa, 8 Disember 2015

Najib Akui Terguris Hati Dengan Tun M


KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Isnin, 7 Disember 2015

HATI TIM. PRESIDEN PAS SEMAKIN MEMBUSUK ???

SHAH ALAM - Jaminan kerajaan bahawa yuran universiti tidak akan dinaikkan didakwa untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pelbagai kenaikan lain sejak akhir ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jaminan itu tidak melegakan mahasiswa disebabkan kos sara hidup semakin melambung tinggi.

"Para pelajar di kota kini berdepan dengan kenaikan harga buku, harga pengangkutan awam, harga makan dan kenaikan saman di sekitar universiti.

Ahad, 6 Disember 2015

MENTERI KESIHATAN PUTAR BELIT LAGI ISU VAPE ???

Bukan Dasar Kerajaan Persekutuan Memberi Saranan Kepada Kerajaan Negeri – Subramaniam

SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Bukan dasar kerajaan persekutuan untuk memberi saranan kepada kerajaan negeri supaya menggubal undang-undang kecil untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di kalangan masyarakat setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan media berhubung kenyataan timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang didakwa mengalu-alukan segala inisiatif terhadap rokok elektronik berkenaan.

"Saya tidak cakap pun macam itu. Kita di peringkat persekutuan sedang membincangkan hal ini dengan pelbagai kementerian berkaitan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap vape kelak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu, 5 Disember 2015

Jamil Khir Jangan Cepat Melatah Kaji Secara Mendalam



SHAH ALAM - National Oversight and Whistleblowers (Now) mempersoalkan peruntukan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang berjumlah RM3.5 juta.


Pengarah Now, Akmal Nasir berkata, ia berdasarkan buku Bajet Yapeim 2014 dan 2015 mengenai perbelanjaan Lembaga Pemegang Amanah.

“Penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan, jumlah perbelanjaan bagi lembaga pemegang amanah 2012 adalah RM498,725 dan 2013 adalah sebanyak RM665,316.

Jumaat, 4 Disember 2015

Tak Rugi Jika Muhyiddin Tidak Berucap Serta Menjijikkan

KUALA LUMPUR, 3 Disember: Umno tidak rugi, walaupun timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan bermula minggu depan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong keputusan itu, jika Muhyiddin sekadar mahu mengulangi isu yang sudah diperbincangkan, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa untungnya nak dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno, kerana dah meluas serata dunia diperbincangkan mengenai isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.

Rabu, 2 Disember 2015

PAS DIRESAPI IS:TUDUHAN BERAT MAT SABU



Mat Sabu sekali lagi melancarkan serangan ke atas PAS, apabila mendakwa parti itu telah diresapi pemikiran pengganas IS.

“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran ISIS dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Selasa, 1 Disember 2015

LANGKAH BIJAK DAN TIDAK MENYUSAHKAN RAKYAT !!!

Perlis tidak ikut haram vape

KANGAR 1 Dis. - Kerajaan negeri tidak akan mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Johor yang mengharamkan penggunaan alat itu pada masa sekarang sebaliknya berpendapat, sebarang keputusan perlulah menunggu hasil kajian tentang isu tersebut daripada Kementerian Kesihatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Kali Ke-13 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...