Translate

28/11/2015

PEMERINTAHAN NAJIB AKAN BERAKHIR ???

IPOH, 27 November: Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman menerima keputusan pemecatannya daripada parti dengan lapang dada dan hati terbuka serta yakin ada hikmah di sebalik ketentuan Allah itu.

“Saya masih berjiwa Umno walaupun dipecat daripada parti kerana saya telah bersama dengan Umno selama hampir 33 tahun. Banyak onar dan duri yang telah saya tempuhi. Umno sudah sebati dalam jiwa saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hamidah, yang dipecat daripada Umno pada Selasa kerana melanggar disiplin parti, berkata perjuangan dalam karier politiknya tidak akan berakhir setakat itu dan akan tetap diteruskan demi rakyat serta negara.


“Saya ingin nasihat kepada ahli Umno khususnya daripada Wanita Umno, terus pertahankan parti kerana Umno adalah wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidah berkata beliau akan menulis surat kepada Umno untuk meminta penjelasan berhubung pemecatannya daripada parti.

Katanya sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung pemecatannya dan hanya tahu mengenai perkara itu menerusi televisyen.


Pada 24 November lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Hamidah dan membatalkan keahliannya.

Perkara itu diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen.

Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...