Isnin, 30 November 2015

KEEGOAN KU NAN PERLU DIHENTIKAN DEMI PERPADUAN PARTI

KUALA LUMPUR, 30 November: Kuasa memecat dan membatalkan keahlian ahli Umno hanya boleh dilakukan Majlis Tertinggi parti itu, bukannya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bekas ahli Umno, Anina Saadudin berhujah demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha Bala, ketika mendengar permohonan Tengku Adnan untuk membatalkan saman dikemukakan bekas perwakilan Wanita Umno Langkawi itu, kerana memecatnya daripada Umno.

Mohamed Haniff berkata, Tengku Adnan yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan, merupakan defendan pertama dalam saman itu dan telah bertindak bertentangan Perlembagaan Umno, kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu menyatakan tanggungjawabnya termasuk melucutkan keahlian mana-mana ahli Umno.


“Surat pemecatan yang dikeluarkan Ku Nan kepada media dan orang ramai itu, tanpa menyerahkannya secara peribadi kepada plaintif tidak sah,” kata Mohamed Haniff.

Tegasnya, Seksyen 62 Akta pertubuhan memperuntukkan, penyerahan sebarang notis kepada pihak berkaitan perlu dilakukan sendiri atau melalui pos berdaftar.

Tambahnya, tindakan yang diambil Tengku Adnan ke atas Anina membabitkan konflik kepentingan antara parti dan peribadinya.

“Ini kerana, perkara itu yang dibawa ke mahkamah lain adalah tindakan merugikan dan bukannya isu parti,” katanya.

Beliau merujuk saman sivil difailkan Anina berhubung kontroversi sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saman itu difailkan pada 8 Ogos lalu, disusuli pelucutan keahlian Anina dalam surat bertarikh 3 September lalu yang menyatakan pemecatan itu dilakukan berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Umno yang melarang ahlinya membawa isu parti ke mahkamah.

Pautan: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...