Selasa, 10 November 2015

AMBIGA BUAT HAL LAGI, LU SIAPA AMBIGA ???

Ambiga Sedia Kerjasama Dengan Tun M Perbaiki Sistem Kerajaan
BANDAR SUNWAY: Ambiga Sreenevasan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya jika beliau bersedia untuk memperbaiki sistem kerajaan negara.

"Jika Dr Mahathir mengambil berat tentang apa yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu, jika memang beliau sedang cuba untuk menyelesaikannya selain hanya mahu menyingkirkan seorang perdana menteri, maka saya fikir kita harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang cuba untuk melakukannya," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Beliau berkata, keseluruhan sistem perlu diubah selain menggantikan Najib sebagai perdana menteri. (MACAM LAH PANDAI SANGAT ???)


Ambiga berkata, beliau telah melihat beberapa perkara yang tidak pernah dijangka untuk dilihatnya selepas Dr Mahathir meletak jawatan.

"Saya tidak pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir disiasat oleh polis, saya tidak pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir menghadiri Bersih," kata Ambiga.

Katanya, beliau juga tidak pernah terfikir dapat melihat Dr Mahathir, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai 'orang lama' tampil dan mengeluh tentang penyalahgunaan kuasa dan kegagalan institusi di Malaysia.

Ambiga turut memuji usaha yang dilakukan oleh kumpulan Melayu terkemuka kerana mereka terdiri daripada individu berprofil tinggi yang cuba membawa perubahan.

Beliau bagaimanapun ragu-ragu sama ada terdapat sesiapa yang boleh berdepan dengan rejim masa kini yang diperlukan untuk membuat beberapa perubahan di negara ini.

Ambiga berkata, individu-individu ini akan mencabar 'kubu kuasa' yang dicipta oleh Dr Mahathir sendiri yang mencipta satu sistem di mana semua kuasa tertumpu di tangan perdana menteri.

Saya tidak berkata hanya Najib seorang yang bertanggungjawab bagi masalah kita hari ini, saya percaya seluruh kabinet bertanggungjawab bagi masalah kita hari ini.

"Mereka sepatutnya mentadbir negara ini dengan jujur ​​dan cekap dan itu adalah satu kelemahan kita yang teruk," kata Ambiga.

Ambiga berkata demikian pada majlis pelancaran buku 'Malaysia Post-Mahathir: A Decade of Change at Sunway University' pada Isnin.

Buku ini diterbitkan oleh Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited yang berpangkalan di Singapura.

Ia telah disunting oleh Profesor James Chin dari University of Tasmania dan Prof Joern Dosch dari University of Rostock.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...